Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) akan memulakan operasinya dengan status institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf kolej pada 1 Jan tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata serentak itu, KQT akan menawarkan dua kursus pengajian di peringkat diploma setelah berjaya memperoleh kelulusan Perakuan Pendaftaran Kolej Yayasan Terengganu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada November lalu.
"Kelulusan mengendalikan dua kursus pengajian iaitu kursus Diploma Tahfiz dan Qiraat serta Diploma Tahfiz dan Bahasa Arab itu diperoleh daripada KPM sejurus mendapat perakuan memenuhi keperluan kualiti daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
"Sehubungan itu, KQT merancang untuk melaksanakan program pengajian tersebut mulai Jun 2016 dengan pendaftaran pelajar dilakukan pada Mei," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Untuk kumpulan pertama pengajian diploma itu, seramai 60 pelajar akan diambil yang setiap kursus mempunyai 30 pelajar.
Mengulas lanjut, Ghazali berkata proses pertukaran nama kepada KQT juga dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat dan kekal beroperasi di kampus Institut Quran dekat Padang Midin di sini.
"Proses naik taraf ini diharap mampu melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam dalam kalangan anak negeri Terengganu selaras hasrat kerajaan negeri yang terus memartabatkan pendidikan di negeri ini," katanya.
Sejak ditubuhkan 25 tahun lalu, institusi milik kerajaan negeri itu mengeluarkan lebih 1,000 sijil tahfiz kepada penuntutnya serta memberi manfaat kepada penduduk setempat melalui program pengajian al-Quran yang turut dibuka kepada umum.
Bernama
Mon Dec 14 2015
Untuk kumpulan pertama pengajian diploma, seramai 60 pelajar akan diambil yang setiap kursus mempunyai 30 pelajar.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Terengganu, Selatan Thailand kerjasama banteras sijil nikah palsu
Ramai pasangan suami isteri tidak memikirkan kesan negatif di sebalik perbuatan mereka.