Tutup

Komik propaganda: Pengarang, penulis akan dipanggil untuk beri keterangan - Muhyiddin

Komik propaganda: Pengarang, penulis akan dipanggil untuk beri keterangan - Muhyiddin
MUHYIDDIN: Sebab itu wajar tindakan tegas diambil dan panggil mereka yang menulis untuk dapatkan keterangan lanjut. - Gambar fail/BERNAMA
PONTIAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan berhubung isu pengedaran komik bertajuk 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata siasatan terperinci akan dilakukan oleh Bahagian Keselamatan KDN.

Katanya ada perkara yang tidak betul dalam komik itu yang menyentuh unsur politik dan juga negara asing.

"Sebab itu wajar tindakan tegas diambil dan panggil mereka yang menulis untuk dapatkan keterangan lanjut.
"Kita tak boleh ambil tindakan terburu. Kita dah tahu (siapa) pengarangnya dan saya akan arahkan bahagian keselamatan untuk dapatkan penerangan apa yang berlaku," katanya pada sidang media selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini pada Jumaat.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Khamis menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kelulusan dan kebenaran tentang pengedaran komik terbabit.
BACA: Komik propaganda: KPM tidak pernah luluskan pengedaran komik

Komik berunsur propaganda itu dikeluarkan pihak Muzium Kebudayaan Komik Asia.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menyerahkan kepada pihak Universiti Malaya (UM) dalam menyelesaikan isu berkaitan pelajarnya yang berkelakuan biadap pada Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59, Isnin lalu.

Katanya, pihak universiti mempunyai kuasa autonomi untuk mengawal pelajarnya termasuk soal tindakan disiplin.




Tag: Kementerian Dalam Negeri, KDN, komik propaganda, Muhyiddin Yassin, Bahagian Keselamatan KDN, PD Pontian, Kementerian Pendidikan Malaysia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.