Komisen pada pemandu e-hailing tidak boleh lebih 20 peratus - Anthony Loke

Komisen pada pemandu e-hailing tidak boleh lebih 20 peratus - Anthony Loke
Anthony berkata, sekiranya terdapat mana-mana EHO yang melanggar syarat, tindakan tegas termasuk menarik balik lesen akan dikenakan terhadap syarikat berkenaan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan mengingatkan semua syarikat Perniagaan Pengantaraan (EHO) agar tidak mengenakan komisen melebihi kadar ditetapkan terhadap pemandu e-hailing.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, peringatan ini dilakukan adalah kerana pihaknya mengesan ada syarikat yang menggunakan helah mengenakan komisen sehingga 25 peratus melebihi kadar ditetapkan iaitu 20 peratus.

“Segala syarat mesti mereka patuhi, salah satu dasar yang kita tetapkan adalah komisen dibenarkan hanya 20 peratus maksimum.
“Tidak boleh ada mana-mana tambahan komisen yang lain. Saya tahu ada syarikat menggunakan helah untuk komisen lain, ini tidak dibenarkan,” kata Anthony.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya pada Jumaat.

Menurut Anthony, sekiranya terdapat mana-mana EHO yang melanggar syarat, tindakan tegas termasuk menarik balik lesen akan dikenakan terhadap syarikat berkenaan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Tambah Anthony, pemantauan berterusan akan dijalankan oleh pihaknya agar tiada syarikat mengambil kesempatan terhadap pemandu.

Sehingga kini, sebanyak 31 buah syarikat EHO mendapat kelulusan permohonan Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) dari APAD.




Tag: e-hailing, Kementerian Pengangkutan, Putrajaya, komisen, EHO, Lesen Perniagaan Pengantaraan, LPP, APAD, Akta Pengangkutan Awam Darat, lesen, tarik balik, langgar syarat, pemantauan, helah, pemandu


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.