Peranan guru dikenalpasti sebagai komponen penting dalam menjayakan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang sedang dijalankan Kementerian Pendidikan.

Timbalan Menteri Datuk P. Kamalanathan hari ini memuji komitmen guru-guru di Malaysia dalam menjayakan insiatif tersebut.

"Di antara kecemerlangan, keupayaan sekolah ialah tanggungjawab guru yang hebat.

"Kebanyakan sekolah berjaya melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21 ialah kerana guru-gurunya 'very passionate' (sangat bersemangat) dengan tanggungjawab yang diberikan.

"Mereka mempunyai daya keinginan yang tinggi untuk melihat pelajar mereka berjaya. Hampir 500,000 guru. Mereka semua memberi tumpuan 100% untuk memastikan Pembelajaran Abad Ke-21 berjaya," katanya.

Kamalanathan berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Parit Buntar) dan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai pelaksanaan PAK-21 di sekolah.