Sebahagian Kompleks Al Barakah yang sinonim diselia tokoh pendakwah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias kini ditawarkan untuk dijual melalui satu iklan laman sesawang Mudah.my, baru-baru ini.
Pendedahan terkini itu mengejutkan banyak pihak memandangkan Kompleks Al Barakah sememangnya dikenali sebagai pusat pengajian Islam dan tahfiz Al-Quran terkemuka diusahakan Mohd Kazim bagi melahirkan generasi Al-Quran masa depan.
Melalui iklan dimuatkan dalam Mudah.my sejak 7 Julai lalu, sebahagian kompleks itu yang dikenali sebagai Bangunan Tahfiz Darul Barakah di Manjoi, di sini yang berkeluasan 1.7 ekar ditawarkan untuk dijual dengan harga RM5 juta.
Berdasarkan butiran maklumat disertakan dalam iklan tersebut, bangunan tahfiz tersebut dilengkapi dengan tiga blok kuarters guru, enam bilik darjah, empat bilik dorm asrama, kantin, pondok pengawal, setor dan surau.
Sementara itu, Mohd Kazim atau lebih dikenali Ustaz Kazim melalui kenyataan Facebooknya yang dimuat naik 4 Julai lalu memaklumkan Bangunan Tahfiz Darul Barakah menempatkan ratusan pelajar tahfiz dan sudah beroperasi sejak enam tahun lalu.
Menurutnya, pihaknya memberikan alasan penjualan bangunan itu disebabkan ‘penat, uzur apatah lagi semakin sukar bergerak’ untuk menampung kos pengurusan institusi itu.
“Saya membinanya dengan nilai keselesaan, cantik dan sejuk mata memandang, sangat tinggi nilai halus kepada setiap pengunjungnya dan di sinilah tempat awal rakaman rancangan ‘Kalau Dah Jodoh’ (terbitan Astro).
“Namun, saya manusia biasa, berseorangan ke hulu ke hilir mencari sesuatu yang boleh menampung...penat, uzur apatah lagi semakin sukar bergerak menjadikan semuanya semakin terbatas.
“Memang tidak sanggup berpisah dengan sekolah ini, tetapi kalau berterusan begini maka perpisahan dan penutupan adalah jalan terbaik,” katanya.
Sementara itu, Ustaz Kazim sewaktu dihubungi menegaskan akan mengadakan sidang media khas mengenai perkara itu di Pusat Pendidikan Al-Barakah pada 9.30 pagi hari ini.
“Buat masa ini, saya mengakui keputusan mengiklankan dan menjual Bangunan Tahfiz Darul Barakah adalah sahih.
“Esok (Rabu) pagi saya akan menjelaskan segala-galanya,” katanya.
Sinar Harian
Tue Jul 10 2018
Ustaz Kazim melalui kenyataan Facebook pada 4 Julai memaklumkan Bangunan Tahfiz Darul Barakah menempatkan ratusan pelajar tahfiz dan sudah beroperasi sejak enam tahun lalu. - Facebook
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
Ustaz Kazim masuk pejabat walaupun belum sihat
Ustaz Kazim yang baru keluar hospital petang semalam berkata, beliau rindu sangat dengan Al Barakah.
Ustaz Kazim serah sekolah tahfiz kepada pengurusan baharu
Persetujuan bagi pengambilalihan unit Tahfiz Al-Quran telah termeterai antara kedua-dua pihak dalam satu majlis kontrak penyerahan yang diadakan di pusat tersebut hari ini.
Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah tangguh untuk dijual
Mohd Kazim berkata kerajaan negeri serta beberapa pihak menyatakan kesudian untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut.
Sabarlah, jangan buat andaian - Ustaz Kazim
Melalui Facebooknya, Mohd Kazim juga meminta orang ramai tidak membuat andaian sehingga menjadi fitnah.
Kompleks Al Barakah untuk dijual?
Pendedahan terkini itu mengejutkan banyak pihak memandangkan Kompleks Al Barakah sememangnya dikenali sebagai pusat pengajian Islam dan tahfiz Al-Quran terkemuka diusahakan Mohd Kazim.