Seorang wanita tempatan membuat laporan polis terhadap kenalannya selepas tidak berpuashati dengan tindakan lelaki warga asing berkenaan yang mencabut kondom semasa mengadakan hubungan seks.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan menerima laporan wanita berkenaan Sabtu lalu.

Mengikut laporan, pasangan itu melakukan hubungan intim di sebuah pangsapuri di Cheras.

Sebelum mengadakan hubungan seks, wanita tersebut telah meletakkan syarat supaya lelaki warga asing itu perlu menggunakan kondom.

Namun, lelaki tersebut telah mencabut kondom ketika melakukan hubungan seks.

Tindakan itu menyebabkan wanita berkenaan membuat laporan polis kerana takut dijangkiti virus HIV dan rasa tertipu dengan lelaki tersebut.

Jelas Ahmad Dzaffir, kes tersebut akan dirujuk kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).