awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik personaliti mampu gugat perpaduan - Pakar

Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
19/07/2013
03:42 MYT
Konflik personaliti mampu gugat perpaduan - Pakar
Individu yang suka mempermainkan perkara serius sehingga menyentuh soal sensitiviti individu lain diklasifikasikan mengalami konflik personaliti anti sosial. Ini termasuk golongan yang berkecenderungan untuk menyinggung perasaan kaum dan agama pihak lain.
Hanya keinsafan dan kesedaran dalam diri mampu mengubah sikap dan perilaku buat mereka yang berdepan masalah tersebut.
Menurut Ketua Jabatan Psikiatri Kulliyyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr. Ramli Musa, isu agama merupakan antara perkara yang jelas mengenai hukum dan batasannya dan tidak seharusnya dijadikan bahan jenaka.
"Dalam aspek psikiatri, seseorang individu dianggap mempunyai masalah personaliti anti sosial jika dia berdepan dengan hal sedemikian. Antara kesan konflik sebegini ialah mereka kurang sensitif terhadap isu-isu tertentu terhadap masyarakat tertentu," kata Dr. Ramli.
Beliau menambah, masyarakat di Malaysia seharusnya lebih peka dan memahami konsep kepelbagaian kaum dan agama di sini. Justeru, mereka perlu bersikap lebih sensitif dengan isu yang berkaitan dengan sesuatu agama dan budaya.
Ditanya mengenai tindakan yang patut dilakukan bagi mengatasi konflik personaliti anti sosial, Dr. Ramli menyatakan hukuman setimpal sewajarnya dikenakan kepada individu yang disabitkan bersalah melampaui sensitiviti agama dan kaum lain. Namun, disebabkan ia bukan masalah mental yang serius, hukuman yang dikenakan kepada individu tersebut harus bersifat pengajaran agar perkara serupa tidak berulang.
"Sesi rawatan pemulihan seperti kaunseling agak kurang praktikal dan sukar menangani gejala ini kerana pesakit mungkin memberikan pelbagai alasan untuk mengelak sekiranya diminta menjalani sesi kaunseling, Hanya hukuman setimpal mampu dijadikan pengajaran untuk diri individu terbabit dan juga masyarakat."
Beliau turut berpesan agar masyarakat seharusnya tidak sewenang-wenangnya memusnahkan perpaduan yang terjalin di dalam negara ini kerana usaha untuk memupuk keharmonian merupakan usaha berpanjangan yang dijalankan semua pihak.
Topic Berkaitan
#Dr
#konflik
#psikiatrik
#Ramli Musa
#sakit jiwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan