Kongres Nasional PKR 2019, bermula esok di Melaka bakal menjadi tumpuan umum khususnya pemerhati politik, yang ingin melihat parti berbilang kaum terbesar negara ini menyelesaikan 'kemelut', lantas bergerak ke hadapan menjayakan agenda reformasi dalam Malaysia Baharu.
PKR, sejak akhir-akhir ini seolah-olah berhadapan isu kepimpinan, kali ini akan mendengar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan dasar, pertama kali sebagai Presiden setelah dipilih tanpa bertanding jawatan berkenaan pada pemilihan tahun lepas.
Beliau dijadual menyampaikan ucapan dasar pada Sabtu, sekali gus merasmikan kongres tahunan parti dominan kerajaan Pakatan Harapan, yang akan dihadiri hampir 3,000 perwakilan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Anwar, seorang pejuang gerakan reformasi negara, 'pulang' ke pangkuan parti yang diasaskannya sejak 1999 di Shah Alam apabila menyampaikan ucapan penangguhan sebagai presiden baharu PKR tahun lepas.
Kongres di MITC ini akan menyaksikan perasmian sayap Wanita dan Angkatan Muda Keadlian (AMK) buat julung kali dilangsungkan pada tarikh berasingan dan memecah tradisi parti apabila dirasmikan oleh pemimpin berbeza.
Tidak seperti kelaziman sebelum ini, perasmian dua sayap dirasmikan serentak oleh Timbalan Presiden parti.
Kali ini, perasmian sayap Wanita akan dirasmikan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam esok di Dewan A, MITC manakala AMK oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, selaku Pengerusi Lembaga Penasihat parti petang Jumaat di Dewan Klasik, MITC.
Ketua Penerangan Wanita Pusat, Syarul Ema Rena Abu Samah ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan, kehadiran Mohamed Azmin untuk merasmikan kongres sayap itu, yang antara lain memberi tumpuan lebih holistik terhadap kepimpinan wanita serta wanita sebagai pemacu dalam ekonomi negara.
Melihat pekembangan mutakhir PKR, kongres nasional ke-14 itu diharap menjadi noktah kepada segala 'pergeseran' yang dikatakan melanda pemimpin utama parti iaitu Anwar dan Mohamed Azmin sehingga mencetuskan ketegangan dalam kalangan penyokong dua pemimpin itu.
Rentetan pergeseran itu turut didakwa mencetuskan tindakan penyokong, yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin, merancang untuk mengadakan satu himpunan ala-kongres di ibu negara pada masa yang sama.
Usaha itu bagaimanapun tidak diiktiraf parti dan ditegaskan sendiri oleh Anwar dan Dr Wan Azizah yang menyatakan bahawa hanya ada satu kongres rasmi, iaitu yang diadakan di Melaka seperti diputuskan Majlis Pimpinan Pusat parti.
"Dengar desas-desus tapi saya tak layan. Yang penting, siapa pun boleh buat pertemuan, program kongres parti itu satu diputuskan oleh pimpinan (dibuat) di Melaka, yang lain itu tidak mewakili parti," kata Anwar, sambil menegaskan sebarang pertemuan selain kongres itu tidak mewakili parti.
Sebelum ini, turut dilaporkan ada dakwaan sekumpulan pemimpin Pemuda PKR mahu usul undi tidak percaya terhadap presiden dilakukan pada kongres di Melaka, susulan keputusan parti memecat beberapa ahli baru-baru ini.
Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menegaskan tiada sebarang permintaan usul undi tidak percaya terhadap presiden dikemukakan kepada peringkat jawatankuasa kongres.
Anggota parti khususnya peringkat akar umbi pastinya mengharapkan pentas Kongres Nasional PKR 2019 menjadi medan penyelesaian permasalahan yang timbul, lantas mencapai resolusi yang mengukuhkan parti sebagai tunjang kerajaan PH dan memantapkan pentadbiran negara. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 04 2019
Kongres Nasional PKR 2019 diharap menjadi noktah kepada segala 'pergeseran' yang dikatakan melanda pemimpin utama parti iaitu Anwar dan Mohamed Azmin sehingga mencetuskan ketegangan dalam kalangan penyokong dua pemimpin itu. - Gambar fail
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.