awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert reunion Exists berjalan seperti dirancang

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
09/09/2019
06:21 MYT
Konsert reunion Exists berjalan seperti dirancang
Konsert Exists Reunion di Shah Alam pada 28 September ini akan berjalan seperti dirancang kata penganjur.
KONSERT Exists Reunion yang bakal diadakan pada 28 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam akan berjalan seperti yang dirancang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, sehingga ke saat ini terlalu awal untuk pihaknya membuat sebarang keputusan lain berikutan penahanan vokalis utama Exists, Mamat di Johor Bahru pada Ahad malam.
Kata Shirazdeen, pihaknya sebaga penganjur konsert berkenaan memahami sentimen peminat-peminat Exists khususnya mereka yang sudah membeli tiket.
"Kami memahami sentimen yang sedang bermain di fikiran peminat-peminat Exists Reunion. Sebagai menjawab tanda tanya itu, apa yang boleh saya katakan ialah, terlalu awal untuk kita semua membuat keputusan.
"Namun begitu, sehingga ke saat ini, konsert yang dirancang akan berjalan seperti biasa dan kami serahkan pada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan mengikut ketetapannya.
"Bahkan, saya sendiri akan bertemu dan mengadakan perbincangan dengan anggota Exists yang lain bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan terhadap kes yang melanda Mamat," kata Shirazdeen dalam kenyataan media pada Isnin.
Mamat bersama anggota asal Exists bakal mengadakan konsert yang akan mengembalikan nostalgia peminat-peminat mereka. - Gambar SHIRAZ PROJECTS
Mamat bersama anggota asal Exists bakal mengadakan konsert yang akan mengembalikan nostalgia peminat-peminat mereka. - Gambar SHIRAZ PROJECTS
Vokalis Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin ditahan oleh polis di Taman Perling, Johor Ahad malam.
Penahanan Mamat, 41, itu difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya.
Mamat dan semua anggota asal Exists bakal mengadakan konsert reunion pada 28 September ini di Shah Alam dan 5 Oktober di Singapura.
Sehubungan itu, penahanan Mamat semalam menyebabkan Shiraz Projects menerima banyak mesej dan panggilan bertanyakan status konsert yang sudah dirancang itu.
"Dari semasa ke semasa, Shiraz Projects akan berkongsi perkembangan terbaharu mengenai penganjuran konsert Exists Reunion.
"Kami amat menghargai kebimbangan, keprihatinan dan kerjasama semua pihak terutamanya penyokong-penyokong Exists Reunion dan rakan-rakan media," jelas beliau lagi. BACA: Mamat Exists ditahan polis di Johor Bahru semalam
Topic Berkaitan
#ditahan polis
#konsert reunion
#Mamat Exists
#shah alam
#Shiraz Projects
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan