awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsesi Pharmaniaga akan berakhir - Dzulkefly

Bernama
Bernama
31/10/2019
21:23 MYT
Konsesi Pharmaniaga akan berakhir - Dzulkefly
DZULKEFLY: Perkhidmatan Pharmaniaga akan terus digunakan, sehingga Kabinet memutuskan mekanisme sistem tender terbuka.
Perkhidmatan Pharmaniaga, yang memegang konsesi pembekalan ubat-ubatan serta peralatan perubatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berakhir, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata pihaknya tidak lagi menggunakan syarikat konsesi bagi membekalkan logistik dan pengedaran bekalan ubat-ubatan dan sebaliknya KKM akan memperkenalkan sistem tender terbuka bagi tujuan tersebut.
"Tiada lagi konsesi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran dan persidangan Systematised Nomenclature of Medicine - Clinical Terms (SNOMED CT) di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya perkhidmatan Pharmaniaga akan terus digunakan, sehingga Kabinet memutuskan mekanisme sistem tender terbuka.
"Ini kerana kita tidak mahu mengalami keputusan rangkaian bekalan. Jadi kita bagi sedikit masa. Perkhidmatan mereka akan digunakan sehingga kabinet memutuskan mekanisme untuk menguruskan sistem tender terbuka," katanya.
Dzulkefly berkata beliau akan menyuarakan perkara itu kepada kabinet, untuk memutuskan mekanisme sistem tender terbuka itu dengan harapan ia akan dapat dilaksanakan pada suku pertama tahun hadapan.
Difahamkan konsesi Pharmaniaga bersama KKM akan tamat pada 30 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dzulkefly Ahmad
#Kementerian Kesihatan
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#kerajaan
#KKM
#Pharmaniaga
#syarikat konsesi
#tender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan