Tutup

Kontroversi Akta Hasutan, Statut Rom: Polis berkunjung ke Astro AWANI

Kontroversi Akta Hasutan, Statut Rom: Polis berkunjung ke Astro AWANI
Polis berkunjung ke bilik berita Astro Awani buat kali pertama dalam era Malaysia Baharu pada awal petang Selasa. Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Polis berkunjung ke bilik berita Astro Awani buat pertama kali dalam era Malaysia Baharu pada awal petang Selasa

Ia sekaligus menghampakan seruan masyarakat sivil dan aktivis hak asasi supaya laporan polis terhadap dakwaan hasutan di Forum Malaysia dan Statut Rom tidak disiasat.

Malah aktivis masyarakat sivil seperti peguam Syahredzan Johan melahirkan kekhuatiran siasatan akan mengekang usaha merakyatkan diskusi awam isu-isu penting negara.

Kekhuatiran ini timbul berdasarkan banyak hal undang-undang dan perlembagaan diperjelaskan termasuk perkara sebenar yang dipersembahkan Peguam Negara dalam nasihat beliau kepada Majlis Raja-Raja dinyatakan dalam forum berkenaan tetapi hanya petikan kata-kata Dr Syed Husin Ali yang disensasikan.

Dalam pertemuan itu, pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields Inspektor Veramuthu Timrayan bertemu dengan Timbalan Ketua Pengarang Astro Awani Kamarul Bahrin Haron bagi memaklumkan tentang siasatan yang sedang dijalankan pihaknya.

Beliau juga meminta salinan video forum berkenaan dan memberitahu bahawa keterangan akan dirakamkan dalam jangka masa terdekat.
Pertemuan selama sekitar lebih kurang dua puluh minit itu berlangsung dengan tenang dan mesra.

Forum awam Malaysia dan Statut Rom anjuran organisasi masyarakat awam, termasuk kumpulan Islam Ikram dan Sisters in Islam, kumpulan veteran Persatuan Patriot Kebangsaan serta G25 turut disiarkan secara langsung secara dalam talian oleh Astro Awani pada Sabtu pagi.

Bagaimanapun Astro AWANI hanya menyiarkan sesi pembentangan acara berkenaan.



 

Kamarul berperanan sebagai moderator sesi pembentangan itu pada forum yang berlangsung Auditorium Tun Mohamed Sufian, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya.

Sementara sesi soal jawab forum selepas pembentangan dikendalikan oleh peguam Gurdial Singh Nijhar.

Perbincangan intelektual itu dihadiri pakar-pakar dan aktivis undang-undang dan perlembagaan termasuk Peguam Negara Tommy Thomas, Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi dan bekas duta Malaysia ke Belanda Datuk Noor Farida, Peguam Lim Wei Jiet and aktivis akademik Asheeq...

Media sebelum ini melaporkan beberapa NGO seperti Pertubuhan Sahabat Erat dan Amanat Rakyat (SEDAR Malaysia) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat laporan polis terhadap Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali berikutan ucapannya pada sesi pembentangan berkenaan.




Tag: PKR, Astro, PERKASA, NGO, Islam, Media, polis, akta hasutan, Peguam Negara, Belanda, undang-undang, Statut Rom, Kamarul Bahrin Haron



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.