''Semua pihak perlu menghentikan obsesi terhadap perkara-perkara remeh sekiranya kita serius mengenai kemajuan negara," kata Presiden bersama CENBET, Gan Ping Sieu hari ini.

Ping Sieu dalam satu kenyataan berkata perbuatan membincangkan secara panjang lebar mengenai isu pakaian gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi mahupun terlalu mengambil berat tentang etika berpakaian semasa berurusan di permis kerajaan sebenarnya hanya mengalihkan perhatian daripada isu-isu teras dalam pembangunan negara.

BACA LAGI: 'Bising hanya pada Farah Ann, diam bila tengok drama peluk-peluk' - Dr Mariani

BACA LAGI: Isu Farah Ann: 'Gimnastik bukan untuk wanita Islam' - Mufti Perak

BACA LAGI: Biarlah Tuhan sahaja yang menghakimi Farah Ann - Khairy Jamaluddin

BACA LAGI: Farah Ann 'serang' pengkritik: Tong kosong memang berbunyi nyaring


“Terdapat banyak lagi isu yang perlu diberi perhatian, antaranya ialah kualiti perkhidmatan dalam kerajaan dan cara-cara untuk meningkatkan taraf sukan atau akauntabiliti dalam syarikat berkaitan kerajaan,” katanya.

Farah Ann
Rakyat harus mengucapkan tahniah kepada Farah kerana meraih pingat emas pada Sukan SEA 2015 - Foto Bernama

Ping Sieu juga berpendapat bahawa kritikan yang dilemparkan kepada pemenang pingat emas negara, Farah Ann Abdul Hadi dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas kod pakaian adalah satu usaha keterlaluan dan boleh dikatakan sebagai satu gejala ekstremisme yang sedang menjalar di negara ini.

“Unsur-unsur seperti ini menjadi lebih ketara setiap tahun.

“Pihak bertanggungjawab mula menyebarkan pengaruh mereka melalui pembaharuan undang-undang dan langkah pentadbiran atau lebih dikenali sebagai garis panduan.”

Sementara itu, Ping Sieu juga menekankan bahawa setiap ajaran agama harus dipuji, dan ajaran itu tidak boleh digunakan sebagai ‘jubah’ untuk sengaja mensalah-tafsir kepercayaan bagi agenda sesuatu mahzab mahupun politik.

Mengulas mengenai kes Farah Ann, Ping Sieu berkata sepatutnya rakyat harus mengucapkan tahniah kepada Farah kerana meraih pingat emas pada Sukan SEA 2015, tetapi sebahagian daripada mereka mula membanjiri media sosial dengan kritikan atas cara pakaian atlet tersebut.

“Adakah mereka sedar akan kesan yang mungkin mempengaruhi usaha Farah dalam kejohanan akan datang atau bagaimana ia akan memberi kesan kepada pembangunan gimnas berbakat yang lain? Adakah mereka terfikir bagaimana ia akan memberi kesan kepada sukan ini secara keseluruhannya?

“Mengapa tiada sesiapa pun mengkritik ahli bina badan negara Sazali Samad yang memenangi gelaran Mr Universe selama 10 kali? Ataupun mereka senjaga tidak mempedulikan perkara itu?” soal Ping Sieu melalui kenyataan tersebut.

Sarong JPJ
Terlalu mengambil berat tentang etika berpakaian semasa berurusan di permis kerajaan sebenarnya hanya mengalihkan perhatian daripada isu-isu teras dalam pembangunan negara. - Foto Facebook

Menurut Ping Sieu, sebagai bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dia bimbang akan sikap angkuh segelintir masyarakat Malaysia, dimana mereka lebih gemar untuk mengritik seseorang daripada memuji mereka.

“Jelas sekali sebahagian daripada kita mungkin tidak sedar - atau memilih untuk tidak mengetahui - bahawa hanya pakaian tertentu sahaja yang sesuai untuk acara sukan tertentu.

Permintaan stadium khusus untuk wanita dan sekatan lelaki dalam pasukan perempuan bola jaring di Kelantan baru-baru ini adalah antara contoh ekstremisme yang memburukan kemajuan sukan,” katanya lagi.