KECOH dalam kalangan netizen sehari dua ini berhubung desas-desus kononnya kertas soalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) didakwa bocor dan tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan Telegram.

Pemerhatian Astro AWANI menerusi komen-komen di media sosial seperti Facebook dan Twitter mendapati kebanyakan netizen kecewa dengan dakwaan 'soalan bocor' membabitkan peperiksaan penting negara.

Kata mereka, apabila berlaku dakwaan 'soalan bocor', pastinya akan diumumkan pengambilan semula peperiksaan dan ia menyebabkan calon tertekan dan hilang fokus.

Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan integriti tenaga pengajar dalam mempersiapkan kertas soalan.

Malah ada segelintir memberi pandangan bahawa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) jauh lebih baik daripada pelaksanaan PT3 kerana ia dicetak sendiri oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

“ I agree PMR jauh lebih baik juga....printing papers by themselves is totally a big problem...teachers and students are the victim....” - Bee Kuan Chuan

“Masalah skit dlm peperiksaan, bkn kata nk bantu baiki, beri pndpt yg 'positif'...starting komen pn terus hentam,nyalahkan jela sape2...Cikgu plak yg kena...Dulu, Peperiksaan klu dh bocor, terbatal teros...amik semula paper ujian...tggu jela tarikh baru...sementara polis lakukan siasatan...Nie masalah Integriti...#PendapatDariPengalaman” - Rosli Taib

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata individu atau kumpulan yang terlibat dalam penyebaran kertas soalan itu boleh diambil tindakan memandangkan kertas itu adalah dokumen terperingkat terhad.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) PT3, tanggungjawab memuat turun dan mencetak kertas soalan terletak di bawah pengetua, penolong kanan pentadbiran dan setiausaha PT3 di sekolah masing-masing.

Semalam, KPM menafikan dakwaan kononnya peperiksaan Bahasa Inggeris PT3 akan diulang semula pada 10 Okt ini akibat soalan bocor.

Lebih 400,000 pelajar di seluruh negara menduduki PT3 semalam bermula dengan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2.

Dalam pada itu, ada netizen yang menyuarakan kemarahan apabila berita tidak benar disensasikan, sekali gus mendatangkan kegusaran kepada calon terlibat.

BACA: Jabatan Pendidikan Negeri perlu siasat dakwaan soalan PT3 bocor - KPM

“Pt3 ni tiap2 tahun digempar gempurkan dgn soalan bocor pastu kena ulang balik kononnya. sudah2 la tu bagi maklumat palsu kt whatsapp tu, tak penat ke jari tu dok menaip berita palsu pastu sebar kt whatsapp? nak bgi pelajar #PT32019 ni takut ke ?! - @AmniBetty_

"Bila cikgu sendiri yang tak ada integriti, macam mana nak didik anak murid?Ni soalan pt3 dah siap bocor dalam group, baik tak payah periksa. Cikgu sendiri yang tak ikut SOP, takda Integriti tak patut bergelar guru. - @panda_lkachak

"Aku mintak tolong satu je batch04 , tolong la jangan kabut sangat sebar Berita tak betul . Soalan bocor la apela , korang nak sangat ke repeat paper ? Dah dah la sebar Berita palsu . Lepas satu ii masalah sayang - @0hraa

"Kiranya kau happy ke batch kau dapat soalan bocor."