awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban Zika: KKM siasat punca sebenar kematian Leftenan Muda Maritim

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
21/10/2019
10:49 MYT
Korban Zika: KKM siasat punca sebenar kematian Leftenan Muda Maritim
Jumaat lalu, Leftenan Muda (Maritim) Mohamad Ikmal Ibrahim meninggal dunia di Hospital Seri Manjung pada jam 4.45 pagi, selepas dirawat di hospital berkenaan sejak 12 Oktober lalu. - Foto SInar Harian
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kematian seorang lelaki berumur 30 tahun akibat virus Zika di Manjung, Perak, Jumaat lepas.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata siasatan masih dijalankan dan besar kemungkinan punca kematian lelaki itu bukan disebabkan oleh virus Zika kerana dipercayai terdapat jangkitan lain seperti leptospirosis dan denggi.
Beliau berkata, siasatan masih sedang berjalan dan keputusan mengenainya akan diketahui sedikit masa lagi.
"Jangkitan yang lain, mungkin kematian bukan disebabkan oleh penyakit itu (Zika) tapi kita dalam siasatan.
"Jadi besar kemungkinan sebab dia ada jangkitan lain juga... ada zika, ada denggi. Besar kemungkinan bukan, tak apa siasat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian seorang pegawai maritim dipercayai akibat virus Zika.
Beliau sebelum itu hadir melancarkan Program Latihan Malaysia-Ireland untuk Perubatan Keluarga (MInTFM), di George Town pada Isnin.
Turut hadir Duta Ireland ke Malaysia, Hillary Reilly dan Presiden RCSI & University College Dublin (UCD) Kampus Malaysia (RUMC), Prof David Whitford.
Jumaat lalu, Leftenan Muda (Maritim) Mohamad Ikmal Ibrahim meninggal dunia di Hospital Seri Manjung pada jam 4.45 pagi, selepas dirawat di hospital berkenaan sejak 12 Oktober lalu.
Mohamad Ikmal adalah mangsa pertama meninggal dunia akibat virus Zika tahun ini, dan kes kesembilan dilaporkan sejak empat tahun lalu yang mana lapan kes berlaku pada 2016
Topic Berkaitan
#denggi
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Leftenan Muda Maritim
#leptospirosis
#Mohamad Ikmal Ibrahim
#punca sebenar kematian
#virus Zika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan