awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: 22 kontak rapat dikesan babitkan kes ke-18

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/02/2020
07:59 MYT
Koronavirus: 22 kontak rapat dikesan babitkan kes ke-18
Jelas Dr Dzulkefly, aktiviti pengesanan kontak rapat adalah aktiviti pencegahan dan kawalan yang dijalankan bagi memastikan penularan penyakit berjangkit dapat dibendung. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sejumlah 22 kontak rapat telah dikesan melibatkan kes ke-18 yang disahkan positif Novel Koronavirus baharu (2019 nCov).
Ia susulan kes seorang lelaki lelaki warga Malaysia yang baharu pulang dari Macau, China pada 1 Februari lalu.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata daripada jumlah tersebut, tiga orang terdiri daripada ahli keluarga dan baki 19 orang merupakan anggota kesihatan.
“Aktiviti pengesanan kontak telah dijalankan untuk mengenal pasti kontak-kontak rapat yang lain.
“Aktiviti pencegahan dan kawalan termasuk pendidikan kesihatan telah diberikan,” katanya pada sidang media harian mengenai 2019-nCoV, di kementeriannya, pada Isnin.
Jelas Dr Dzulkefly, aktiviti pengesanan kontak rapat adalah aktiviti pencegahan dan kawalan yang dijalankan bagi memastikan penularan penyakit berjangkit dapat dibendung.
Katanya, ia terdiri daripada mereka yang mempunyai kontak rapat dalam lingkungan satu meter dengan kes positif 2019-nCoV termasuk anggota kesihatan yang merawat kes tanpa memakai Personal Protective Equipment (PPE) yang disarankan dan tinggal dalam satu rumah.
Mengulas lanjut katanya, lelaki berusia 32 tahun itu disahkan positif koronavirus pada 9 Februari lalu.
“Sampel klinikal diambil 8 Februari untuk pengesan 2019-nCov dan beliau didapati positif jangkitan 2019-nCov pada 9 Februari 2020.
“Kini kes dirawat di Hospiral Sungai Buloh dan dalam keadaan stabil,” katanya.
Setakat Ahad, angka keseluruhan jangkitan koronavirus dalam negara berjumlah 18 kes.
Ia membabitkan tujuh kes dalam kalangan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan, lapan kes dalam kalangan kontak rapat dan dua kes dalam kalangan rakyat Malaysia yang dibawa pulang dengan Misi Bantuan Kemanusiaan.
Sebanyak 907 kematian akibat jangkitan koronavirus dilaporkan setakat ini, dengan lebih 40,000 kes positif dilaporkan di seluruh dunia.
[LAPOR LANGSUNG] Koronavirus Angka korban terus meningkat, lebih 900 maut
Topic Berkaitan
#China
#coronavirus
#Dr Dzulkefly Ahmad
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan