Penganut Hindu dan pengunjung yang mahu menyertai sambutan Thaipusam Sabtu ini dinasihat mengambil langkah pencegahan awal bagi mengelak kemungkinan jangkitan 2019 Novel Koronavirus.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, mereka diminta mengutamakan kebersihan diri dengan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun atau 'hand sanitizer' serta memakai penutup mulut dan hidung.
"KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ingin menasihatkan, elakkan hadir bagi mereka yang tidak sihat, tetapi jika mahu hadir juga mereka perlu mengambil langkah pencegahan, pakai topeng mulut dan hidung," katanya pada sidang media harian situasi terkini koronavirus di sini, hari ini.
Dr. Dzulkefly berkata Pusat Operasi Perubatan yang diselaraskan pihak Hospital Selayang juga akan melaksanakan pelbagai aktiviti berkaitan bagi mencegah, membendung dan bertindak balas bagi sebarang insiden yang mungkin berlaku.
Thaipusam akan disambut Sabtu ini dan Batu Caves, Selangor antara lokasi yang dijangka menerima kunjungan 15,000 penganut selain sambutan di Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthapani Temple, Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata KKM kini masih dalam fasa pembendungan dan berharap situasi kekal tersebut dalam menangani penularan koronavirus di negara ini.
"KKM kini berada dalam fasa pembendungan dan kita sedang menguji lebih ramai orang. Ini bermakna kita belum masuk ke tahap mitigasi, antaranya jika berlaku situasi tidak cukup katil di hospital, tidak cukup makmal untuk ujian atau fasiliti hospital kita tidak mampu menampung. Kita harap kita tidak akan jumpa situasi sebegini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 06 2020
KKM kini masih dalam fasa pembendungan dan berharap situasi kekal tersebut dalam menangani penularan koronavirus di negara ini. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Kerajaan akan bantu jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy dalam aspek pembangunan - Gobind
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Thaipusam disambut meriah, harmoni di seluruh negara
Difahamkan lebih dua juta pengunjung terdiri daripada rakyat Malaysia mahupun pelancong luar negara, bersama-sama memeriahkan sambutan pada hari ini.
“Thaipusam tahun ini lebih ramai berbanding tahun lepas”
Kesesakan luar biasa berlaku di Batu Caves, tempat perhimpunan yang sering menjadi tumpuan penganut agama Hindu.
Rapid Bus sedia bas perantara percuma sempena Thaipusam
Rapid Bus Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi kemudahan orang ramai ke dua kuil tumpuan sempena sambutan Thaipusam Khamis ini.
Batu Caves akan dilengkapi dengan kemudahan eskalator
Ia sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.
Ingin rancang perjalanan sempena Thaipusam? Ikuti antara inisiatif MOT
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan lima penambahbaikan pergerakan bersempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.
MOT umum lima penambahbaikan sempena Thaipusam 2024
Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook umum lima penambahbaikan pergerakan sempena Thaipusam 2024 yang akan disambut pada 25 Januari di seluruh Malaysia.
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.
Pekerja melecur, tiga kilang di Batu Caves terbakar
Seorang lelaki melecur dalam kebakaran tiga kilang di kawasan perusahaan Batu Caves di Gombak pada Rabu.
Pemandu lari tinggalkan lori, jalan sesak 2 jam
Lori terbabit dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan anggota JPJ yang melakukan rondaan di sekitar lokasi kejadian.