awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Olivia Dean dinobatkan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Grammy
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Kelantan tak terkecuali ambil langkah berjaga-jaga

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
23/01/2020
22:00 MYT
Koronavirus: Kelantan tak terkecuali ambil langkah berjaga-jaga
Kementerian Kesihatan pada Khamis menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, empat kes disyaki dijangkiti koronavirus dikesan di negara ini.
Kelantan tidak terkecuali mengambil langkah berjaga-jaga membendung penularan koronavirus selepas ia dikesan di negara jiran, Singapura.
Pemantauan dilakukan bersama dengan Jabatan Kesihatan Kelantan yang telah mengambil langkah berwaspada.
Pada masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin, turut menasihati rakyat Kelantan supaya mengutamakan kebersihan.
“Pertama, tidak boleh lari dari kebersihan, (iaitu) kebersihan diri, persekitaran, makanan. Kedua, kekuatan badan atau imuniti kena tinggi yang berkait dengan makanan dan kebersihan dengan gizi tertentu.
"Kalau imun tinggi, kuman datang insya-Allah boleh elak,” katanya.
BACA: Singapura sahkan kes pertama virus Wuhan
Dr Izani menjelaskan, langkah pemantauan turut dilakukan oleh agensi berkaitan di pintu masuk negara, di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan juga Bukit Bunga.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, empat kes disyaki dijangkiti koronavirus baharu dikenali sebagai 2019-nCoV, dikesan di negara ini.
Bagaimanapun, keempat-empat mereka telah disahkan negatif.
BACA: Kesemua empat kes disyaki jangkitan koronavirus di Malaysia, disahkan negatif
Topic Berkaitan
#China
#Dr Izani Husin
#Jabatan Kesihatan Kelantan
#Kelantan
#koronavirus
#pemantauan
#Singapura
#virus Wuhan
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan