awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Kerajaan gantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari Wuhan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/01/2020
08:25 MYT
Koronavirus: Kerajaan gantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari Wuhan
Menurut kenyataan PMO, kemudahan itu termasuk kemudahan tanpa visa (eNTRY), visa semasa ketibaan (visa on arrival), e-visa, dan visa manual.
Kerajaan Malaysia telah menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.
Menurut kenyataan PMO, kemudahan itu termasuk kemudahan tanpa visa (eNTRY), visa semasa ketibaan (visa on arrival), e-visa, dan visa manual.
"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara China, khususnya di Wilayah Hubei tersebut dan ianya adalah berkuatkuasa serta merta.
"Kemudahan imigresen ini akan diberikan semula setelah keadaan kembali normal," kata PMO dalam kenyataan itu lagi.
Kenyataan Akhbar: Kemasukan Pelawat China Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen iaitu eNTRY, Visa on Arrival, e-visa dan visa manual kepada rakyat negara China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya. pic.twitter.com/hWcho99Yjz
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) January 27, 2020
Selain itu, ia berkata, Wisma Putra akan menyelaraskan keputusan itu bersama Kerajaan China.
Dalam pada itu, PMO berkata, Kerajaan Malaysia juga mengingatkan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sah atau palsu berkenaan novel koronavirus ini yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman kepada masyarakat umum.
BACA: Koronavirus: Kerajaan gantung sementara kemasukan rakyat China dari Wuhan, Hubei dan kelilingnya
[LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
Topic Berkaitan
#2019-nCoV
#koronavirus
#novel koronavirus
#pejabat perdana menteri
#Visa
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan