Tutup

Koronavirus: Mereka yang baru pulang dari China digesa periksa kesihatan

Koronavirus: Mereka yang baru pulang dari China digesa periksa kesihatan
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah pada masa sama turut mengingatkan pelancong yang ada tanda-tanda demam dan batuk untuk berbuat perkara sama. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang baru pulang dari negara China dalam tempoh dua minggu lalu perlu memeriksa keadaan kesihatan mereka di klinik dan hospital berhampiran.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah pada masa sama turut mengingatkan pelancong yang ada tanda-tanda demam dan batuk untuk berbuat perkara sama.

Ketika ini katanya, semua kemudahan kesihatan di seluruh negara sedang bersedia untuk memberi rawatan susulan penularan koronavirus yang bermula di Wuhan, China.

"Rakyat Malaysia yang baru 14 hari balik dari China dan pelancong yang ada tanda-tanda kurang sihat seperti demam dan batuk, perlu segera ke fasiliti kesihatan KKM atau swasta.
"Kesemua fasiliti kesihatan dan klinik swasta telah diarahkan berjaga-jaga dgn risiko penularan Novel Coronavirus," katanya di laman Twitter pada Rabu.


Sehingga kini, angka kematian akibat koronavirus meningkat kepada sembilan mangsa di China.
Timbalan Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Li Bin memaklumkan, sehingga kini lebih 400 mangsa dijangkiti virus berkenaan.


Tag: Noor Hisham Abdullah, Dr Noor Hisham Abdullah, Twitter, KKM, Hospital, China, mangsa, kesihatan, rakyat, rakyat Malaysia, pelancong, Malaysia, koronavirus



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.