Bagi menghadapi kesan penularan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) yang kini dikesan di 24 negara termasuk Malaysia, kerajaan sedang menimbangkan pakej rangsangan yang bukan sahaja memberi suntikan kepada ekonomi, tetapi juga memberi keutamaan terhadap keperluan yang boleh menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi (MEA) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata bagi tahun 2020, peruntukan RM227 juta disediakan untuk pembelian peralatan perubatan dan bukan perubatan buat semua fasiliti kesihatan di seluruh negara.
"MEA bersedia untuk menimbangkan tambahan peruntukan sekiranya diperlukan. Kerajaan akan beri keutamaan terhadap kesihatan dan keselamatan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata kerajaan juga mengambil beberapa langkah bagi memastikan kesiapsiagaan negara dalam menangani jangkitan 2019-nCoV selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang pada Khamis mengumumkan darurat kesihatan awam global susulan penularannya.
Sehingga semalam, seramai 259 orang mati akibat wabak koronavirus itu di China dan hampir 12,000 kes dikesan di seluruh dunia.
[LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 300 nyawa
Mohamed Azmin berkata sekiranya penularan 2019-nCoV berlarutan dalam tempoh masa yang panjang dan memberi kesan ke atas ekonomi China, ekonomi Malaysia juga akan terjejas memandangkan China adalah antara rakan dagangan terpenting Malaysia.
Antara sektor yang dijangka menerima kesan adalah sektor pelancongan, penerbangan (airlines), pengangkutan, pendidikan, pembuatan dan pembinaan.
Tahun lepas, Malaysia menerima hampir 26 juta pelancong dan lebih daripada tiga juta orang merupakan pelancong dari China.
Sektor pelancongan menyumbang 15 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Di samping itu, sektor pembuatan dan pembinaan yang bergantung kepada input daripada China juga dijangka terkesan sekiranya China memanjangkan tempoh kuarantin atau menambahkan bilangan bandar yang akan ditutup bagi menyekat penyebaran wabak di republik itu.
"Dalam hal ini, kerajaan bersama-sama dengan agensi antarabangsa dan pihak swasta akan mengambil langkah proaktif berasaskan kepada fakta dan maklumat terkini bagi mengurangkan kesan negatif penularan 2019-nCoV ke atas ekonomi Malaysia," tegasnya.
Bagi memastikan kesiapsiagaan negara menangani penularan koronavirus itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu berkata kerajaan bertindak meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai langkah kesihatan yang perlu diambil dalam menangani wabak itu.
Beliau menasihati rakyat agar mendapatkan maklumat dan berita terkini daripada sumber rasmi kerajaan, khususnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mohamed Azmin turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak khususnya pakar, doktor serta warga Kementerian Kesihatan dan anggota keselamatan yang berada di barisan hadapan bekerja keras serta berkorban tenaga dan masa untuk memerangi 2019-nCoV.
"Marilah kita berdoa semoga negara Malaysia dan rakyat Malaysia akan terus dilindungi daripada sebarang jenis wabak dan bencana. Rakyat sihat, ekonomi dipacu, negara maju," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 02 2020
Bagi memastikan kesiapsiagaan negara menangani penularan koronavirus, Mohamed Azmin berkata kerajaan bertindak meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai langkah kesihatan yang perlu diambil dalam menangani wabak itu. - Gambar fail
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
AWANI 7:45 [25/04/2024] - Akaun KWSP distruktur semula | Pensyarah pro-Israel | Suspek tembak di KLIA didakwa | Astro Radio kekal nombor 1!
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Cynthia Ng;
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Agihan 10% akaun tiga, pencarum boleh keluar bila-bila masa
Serangan di KLIA, Hafizul didakwa cuba bunuh isteri
SPRM sahkan Tun Mahathir disiasat isu isytihar harta
Era, Sinar, Gegar jejak dominasi saluran radio Melayu
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv.
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Setahun COVID-19: Pengajaran dan survival
Pandemik paling buruk dalam dunia ini telah membawa kepada kepentingan menitikberatkan gaya hidup sihat dan kebersihan sepanjang masa.
'Nampak cantik tapi boleh membunuh' - Makmal AS papar imej baharu COVID-19
VIRUS COVID-19 yang sedang aktif merebak telahpun mengorbankan lebih 1,700 nyawa setakat ini.
Kes disahkan koronavirus di Thailand bertambah satu lagi, jumlahnya terkini 33
Kes terbaharu melibatkan pelancong berumur 54 tahun dari Wuhan yang melawat Thailand, sebelum China mengenakan sekatan pergerakan keluar masuk di beberapa bandarnya.
Koronavirus: Malaysia kekalkan 14 hari tempoh inkubasi
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menjelaskan buat masa ini pihaknya kekal dengan pendirian tempoh inkubasi selama 14 hari.
Koronavirus: Angka korban cecah lebih 1,000
Malah, buat pertama kali, jumlah kematian harian akibat virus berkenaan di negara itu mencecah lebih 100 orang, berbanding kurang 100 setiap hari sebelum ini.
Koronavirus: Malaysia tidak akan tingkatkan tahap amaran - Wan Azizah
Wan Azizah menjelaskan, kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Singapura tidak lama lagi.
Koronavirus: Kes ke-16 dikesan di Kuala Lumpur
Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata wanita tersebut merupakan ibu kepada kawan kes warganegara China yang dilaporkan positif pada 6 Februari lalu.
Megat Shahriman mahu tumpu atlet para
Ia bagi memberi sepenuh perhatian kepada persiapan atlet para untuk menghadapi Sukan Para ASEAN (APG) di Filipina, yang mungkin ditunda lagi susulan penularan jangkitan coronavirus baharu 2019.
Koronavirus: Sabah perluas sekatan perjalanan berkuat kuasa hari ini
Langkah berkenaan bagi mengekang penyebaran koronavirus baru 2019 (2019-nCoV) walaupun Sabah kini bebas dari mana-mana individu yang diuji positif terhadap virus itu.
Sekatan perjalanan diperluas meliputi wilayah lain di China dikenakan 'lockdown'
Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan.