awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Pelawat dari Wuhan, Hubei dihalang masuk ke Malaysia - Tun Mahathir

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/01/2020
06:00 MYT
Koronavirus: Pelawat dari Wuhan, Hubei dihalang masuk ke Malaysia - Tun Mahathir
Perdana Menteri berkata, pemeriksaan akan dijalankan di pintu masuk utama negara termasuk mereka yang transit di negara ini sebelum ke destinasi lain. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan pelawat dari wilayah Hubei dan Wuhan memasuki Malaysia bagi mencegah penularan wabak koronavirus.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sekatan itu dibuat terhadap mereka yang mempunyai bukti rekod kesihatan dan sebaliknya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, pelawat dari wilayah lain di China masih dibenarkan masuk ke negara ini.
“Kalau mereka datang dari wilayah Hubei, mereka tidak boleh dibenarkan masuk Malaysia.
“Jadi, kita kesan sekarang ini tujuh orang yang ada bukti menghidap penyakit koronavirus,” katanya pada sidang media khas, di sini, hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pemeriksaan akan dijalankan di pintu masuk utama negara termasuk mereka yang transit di negara ini sebelum ke destinasi lain.
“Jika mereka dari Wuhan, kita harus menyekat mereka. Bergantung dari mana mereka datang.
“Mereka perlu menunjukkan pasport, dan menerusi pasport kita dapat mengesan mereka dari mana.
“Jika pasport mereka dari Wuhan dan wilayah Hubei, maka kita akan menyekat mereka,” katanya.
Setakat ini, kes yang disahkan positif jangkitan Novel Koronavirus (2019-nCoV) telah mencecah 6,052.
Topic Berkaitan
#China
#coronavirus
#Hubei
#kesihatan
#koronavirus
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#menteri
#pelancong
#Perdana Menteri
#tidak dibenar masuk
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan