awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Penerbangan bawa balik 132 individu dari Wuhan esok - TPM

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/02/2020
06:15 MYT
Koronavirus: Penerbangan bawa balik 132 individu dari Wuhan esok - TPM
DR WAN AZIZAH: Hanya individu yang sihat akan diberi pelepasan untuk menaiki pesawat selepas menjalani tapisan kesihatan yang ditetapkan. -REUTERS
Seramai 132 individu yang mendaftar dengan Kedutaan Malaysia akan dibawa pulang dari Wuhan, China, esok.
Daripada jumlah itu, 108 individu ialah pemegang kerakyatan Malaysia manakala selebihnya adalah ahli keluarga mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan menerusi satu kenyataan, hanya mereka yang didapati sihat akan diberi pelepasan untuk menaiki pesawat selepas menjalani tapisan kesihatan (exit screening) yang ditetapkan oleh Kerajaan China di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe.
Kesemua mereka akan menaiki pesawat AirAsia bersama 12 kru yang akan turut membawa bantuan keperluan seperti topeng mulut, sarung tangan dan makanan yang tertakluk kepada senarai yang dipersetujui oleh pihak Kerajaan China.
Sebaik tiba di KLIA, kesemua mereka akan akan menjalani tapisan kesihatan sekali lagi dan mereka yang dikesan mempunyai simptom akan terus dibawa ke hospital, manakala yang melepasi saringan akan dibawa ke Pusat Pemantauan untuk dipantau selama 14 hari.
"Umumnya saya berpuas hati dengan semua aturgerak dan persiapan yang dibuat untuk melaksanakan misi ini.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya pihak KKM, AirAsia, Malaysia Airport, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), NADMA dan agensi-agensi lain yang menguruskan misi ini," kata beliau dalam kenyataan itu.
Ketika ini, sepasukan enam pegawai kedutaan Malaysia di Beijing telah berada di Wuhan bagi melancarkan proses penghantaran pulang kesemua mereka.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Beijing
#China
#kerajaan
#kesihatan
#KLIA
#koronavirus
#penerbangan
#pesawat
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan