awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Satu lagi kes positif dikesan di Malaysia

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
30/01/2020
04:47 MYT
Koronavirus: Satu lagi kes positif dikesan di Malaysia
Kes ke-8 ini adalah wanita warganegara China yang telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Permai, Johor serta dilaporkan dalam keadaan stabil.
Satu lagi kes disahkan positif 2019 novel koronavirus (2019-nCoV) dilaporkan menjadikan keseluruhan lapan kes di Malaysia yang terdiri daripada warganegara China setakat 30 Januari.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan kes terbaharu itu berlaku dalam kalangan kontak rapat yang mana melibatkan seorang lagi warganegnara China berusia 49 tahun.
Menurut kenyataan, kes ke-8 ini adalah wanita warganegara China yang telah dimasukkan ke wad pengasingan di Hospital Permai, Johor serta dilaporkan dalam keadaan stabil.
Mangsa merupakan isteri kepada kes koronavirus ke-7 yang dilaporkan di Johor pada 29 Januari 2020.
BACA: Kesemua empat kes disyaki jangkitan koronavirus di Malaysia, disahkan negatif
BACA: Empat pesakit positif koronovirus dalam keadaan stabil
BACA: Malaysia lebih proaktif bendung jangkitan koronavirus berbanding SARS 2002
BACA: Koronavirus: Lebih 7,700 kes dengan angka kematian meningkat kepada 170
Untuk itu, sebanyak lapan kes terdiri daripada tiga kes yang sebelum ini dilaporkan dalam kalangan kes Patient-Under Investigation (PUI) jangkitan 2019-nCoV dan lima kes yang sebelum ini dalam kalangan kontak rapat yang dilaporkan di Malaysia yang mana kesemuanya terdiri daripada warganegara China.
Sejak 10 Januari 2020 sehingga 29 Januari 2020, jumlah kumulatif kes PUI bagi jangkitan 2019-nCoV adalah 89 orang yang mana 44 adalah warganegara Malaysia, 42 warganegara China dan masing-masing satu (1) warganegara Jordan, Brazil dan Thailand.
Topic Berkaitan
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#virus
#Wuhan China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan