awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Seorang rakyat Malaysia diasingkan di HKL

Sinar Harian
Sinar Harian
25/01/2020
05:45 MYT
Koronavirus: Seorang rakyat Malaysia diasingkan di HKL
Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media pagi tadi mengesahkan seorang rakyat negara ini yang baru pulang dari China sedang diasingkan di HKL untuk pemantauan lanjut bagi pengesanan wabak koronavirus. - Gambar Astro AWANI
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seorang rakyat negara ini yang baru pulang dari China sedang diasingkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan lanjut bagi pengesanan wabak koronavirus.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, mangsa merupakan antara 11 yang menjalani ujian pengesanan selepas tiba dari Wuhan, China awal pagi tadi.
Menurutnya, ketika ini, mangsa diasingkan di hospital berkenaan sementara menunggu keputusan lanjut diperoleh.
"Daripada 11 yang menjalani ujian pengesanan itu, keputusan seorang lagi masih belum selesai atau diperoleh.
"Mereka terdiri daripada lapan rakyat Malaysia, dua dari China dan seorang Jordan. Keputusan seorang yang belum diketahui itu adalah rakyat Malaysia," katanya pada sidang media khas berkenaan wabak koronavirus di National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, mana-mana pihak khususnya yang baru pulang bercuti dari China dinasihatkan untuk segera menjalani pemeriksaan kesihatan sekiranya tidak sihat.
"Jika ada masalah kesihatan khususnya bagi mereka yang baru pulang Wuhan, China kita nasihatkan segera jalani pemeriksaan," katanya.
Selain itu, Dzulkefly turut menasihatkan rakyat di negara ini menangguhkan lawatan atau percutian ke Wuhan, China bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Topic Berkaitan
#China
#Dr Dzulkefly Ahmad
#Hospital Kuala Lumpur
#koronoavirus
#Menteri Kesihatan
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan