awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: 'Tiada kes 2019-nCoV di hospital Terengganu' - Jabatan kesihatan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/01/2020
03:56 MYT
Koronavirus: 'Tiada kes 2019-nCoV di hospital Terengganu' - Jabatan kesihatan
Sehingga 26 Januari 2020, tiada sebarang kes disyaki 2019-nCoV dimasukkan ke mana-mana hospital di Terengganu.
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu hari ini menafikan dakwaan terdapat lima individu dari Wuhan, China telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana disyaki terkena novel koronavirus (2019-nCoV).
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Kesihatan Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata hingga 26 Januari 2020, tiada sebarang kes disyaki 2019-nCoV dimasukkan ke mana-mana hospital di Terengganu.
“Penyataan ini merujuk kepada satu kenyataan dimuat naik di Facebook ‘Gabungan Anak Terengganu (Original) oleh individu menggunakan nama “Ali Dapicey, berkenaan kononnya lima individu dari Wuhan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
“Pihak jabatan ini menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut,” katanya dalam kenyataan itu lagi.
Dr Nor Azimi berkata pihaknya meminta semua lapisan masyarakat supaya berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat.
Topic Berkaitan
#China
#Dr Nor Azimi Yunus
#Jabatan Kesihatan Terengganu
#koronavirus
#Kuala Terengganu
#novel koronavirus
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan