awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kotak misteri di hadapan pejabat konsulat China diletupkan

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2020
14:43 MYT
Kotak misteri di hadapan pejabat konsulat China diletupkan
Anggota dan pegawai dari balai bomba dan penyelamat Bayan Baru dan Bagan Jermal serta anggota unit pemusnah bergegas ke lokasi kejadian. -Foto Astro AWANI
Tiga bungkusan misteri ditemui di hadapan pejabat konsulat China di Pulau Pinang mencetuskan suasana panik.
Bagaimanapun, anggota polis dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) yang bergegas ke lokasi kejadian meletupkan bungkusan tersebut.
Terdahulu, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan itu sekitar jam 3.20 petang pada Jumaat.
Anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru dan Bagan Jermal serta anggota unit pemusnah bergegas ke lokasi kejadian.
Selepas pemeriksaan awal, anggota unit pemusnah meletupkan bungkusan tersebut.
Namun, selepas pemeriksaan lanjut, didapati dalam bungkusan tersebut mengandungi topeng muka dan hidung.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Suffian Santong memaklumkan siasatan mendapati tiga kotak tersebut ditinggalkan sekumpulan individu yang mahu mendermakan topeng muka dan hidung untuk rakyat Wuhan susulan penularan wabak koronovirus di negara berkenaan.
Jelasnya, kumpulan itu datang ke pejabat kedutaan menaiki dua kenderaan dan meletakkan kotak berkenaan sambil memegang kain rentang dalam bahasa Mandarin yang bertulis “Wuhan jangan putus asa, China terus berusaha dan rakyat Cina di Malaysia mendoakan keselamatan dan kesihatan”.
Kumpulan itu berada di lokasi untuk tempoh 30 minit bertindak merakam gambar kumpulan terdiri dari lima lelaki dan dua wanita itu sebelum beredar.
Topic Berkaitan
#bomba
#bungkusan misteri
#konsulat China
#koronovirus
#Polis Daerah Timur Laut
#topeng muka
#Unit Pemusnah Bom
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan