Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengesyorkan kepada kerajaan persekutuan untuk melakukan anjakan terhadap beberapa dasar, dalam perbincangan menteri-menteri kabinet bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bermula pukul 3.00 petang pada Rabu.
Beliau berkata fokus kementeriannya sudah pasti terarah kepada isu-isu kos berkaitan sara hidup rakyat yang merupakan bidang yang menjadi keutamaan.
"Syor-syor saya adalah berupa keperluan untuk kerajaan menimbangkan... kalau perlu lakukan anjakan terhadap beberapa dasar, misalnya dalam rangkaian bekalan yang mewujudkan keadaan yang tidak seimbang kalau berlaku.
"Umpamanya polisi yang melahirkan keadaan yang 'lopsided' di mana ia memberikan keuntungan kepada satu pihak tetapi tidak kepada pengguna terbanyak harus dikaji semula," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Terdahulu, Saifuddin mengambil bahagian dalam sesi perbahasan ketika membahaskan ucapan terima kasih Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Saifuddin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Pantai Jerejak berkata perbincangan antara para menteri kabinet dan Perdana Menteri dilakukan pada tarikh 1 Mei, yakni cuti umum Hari Pekerja, supaya perbincangan itu lebih teliti, perinci dengan tiada kekangan masa.
Katanya, fokus perbincangan adalah supaya kerajaan memberikan tumpuan yang lebih kepada fungsi melakukan tugas ke arah "job creation" supaya rakyat ada kerja, boleh menjana pendapatan dan meneruskan kehidupan.
"PM berkata ini sangat berbeza kalau kerajaan terus memberikan fokus kepada memberi semata-mata bantuan segera.
"Kerajaan harus melihat peranan dan tugas sebenar iaitu mencipta lebih banyak peluang pekerjaan, memastikan pertumbuhan ekonomi berlaku secara dinamik dan 'to facilitate' apa juga cadangan yang datang untuk sesuatu idea pelaburan dan perniagaan yang disampaikan," katanya.
Tambahnya, PM mahu jemaah menteri faham tugas semua menteri adalah untuk "facilitate business community" dan tugas mereka (para peniaga) adalah membantu kerajaan mencipta peluang pekerjaan.
"Saya difahamkan ada di kalangan menteri-menteri termasuk Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan telah siapkan kertas-kertas polisi mereka yang akan dikongsikan esok (Rabu)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2019
SAIFUDDIN: Kerajaan harus melihat peranan dan tugas sebenar iaitu mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan memastikan pertumbuhan ekonomi berlaku secara dinamik. - Gambar fail
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Libya giat langkah kumpul derma untuk Gaza
Libya tampil dengan beberapa inisiatif mengumpul dana untuk dihantar ke Gaza.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Antara kempen bantuan yang diiktiarkan termasuk kempen yang bermatlamat untuk mengumpul 2,000 tan bantuan yang akan dimuatkan ke dalam kapal berlayar dari Misrata ke Pelabuhan Arish sebelum ianya dihantar ke Enklaf Gaza menerusi laluan Rafah.
Kisah bayi Leila Jeneid bukti Israel tidak berhati perut
Leila Jeneid, bayi yang berusia dua bulan belum lagi berkesempatan merasai nikmat hidup dan mendapat pelukan mesra keindahan dunia. Baru sahaja mencelik mata, dia sudah diuji dengan kesengsaraan kekurangan zat sehingga menyebabkannya berakhir di hospital.
TikTok perkenal pusat pilihan raya bagi tangani info palsu
TikTok merancang untuk melancarkan pusat pilihan raya dalam talian di platform itu sebagai sebahagian daripada usaha menyokong integriti pilihan raya sepanjang 2024.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Lebih daripada dua bilion orang dalam lebih 50 negara dijangka keluar mengundi tahun ini dan pusat pilihan raya itu akan digunakan untuk menunjukkan kepada orang ramai maklumat yang boleh dipercayai.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat 27 Mac susulan cuaca panas.
Puluhan wau 'warnai' langit malam Kampung Panchor
Cuaca panas yang melanda Kedah sejak kebelakangan ini dilihat sedikit sebanyak merubah rutin seharian penduduk setempat. Di Kampung Panchor, Pendang, sekumpulan anak muda telah memulakan satu aktiviti yang jarang dilihat di kawasan lain iaitu bermain wau pada waktu malam.
Dua jasad dari enam mangsa hilang ditemukan
Dua jasad daripada enam pekerja pembinaan yang hilang dalam insiden jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat telah ditemukan pada Khamis.
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
KPDNHEP akan syor kerajaan lakukan anjakan terhadap beberapa dasar
Beliau berkata fokus kementeriannya sudah pasti terarah kepada isu-isu kos berkaitan sara hidup rakyat yang merupakan bidang yang menjadi keutamaan.