awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
India dan Pakistan saling bertukar senarai aset nuklear
Kepengerusian ASEAN: Filipina akan teruskan momentum pengerusi terdahulu
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPDNHEP rampas 1,750 pelitup muka tiruan

Bernama
Bernama
30/06/2020
21:09 MYT
KPDNHEP rampas 1,750 pelitup muka tiruan
Hasil serbuan KPDNHEP telah merampas sebanyak 35 kotak jenama berkenaan dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,575.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas sebanyak 1,750 keping pelitup muka tiruan dalam satu operasi di sebuah premis di Puchong, dekat sini, pada.
Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun turut ditahan, disyaki menjual pelitup muka tiruan berkenaan secara dalam talian.
“Empat pegawai penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya telah menyamar sebagai pembeli dan berhubung dengan penjual sehingga membawa kepada lokasi pembungkusan pelitup muka.
“Operasi telah dijalankan susulan laporan daripada pemilik cap dagang berdaftar bagi pelitup muka jenama Cross Protection yang mengesyaki barangan berkenaan yang dijual secara dalam talian adalah palsu,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.
Beliau berkata hasil serbuan telah merampas sebanyak 35 kotak jenama berkenaan dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,575.
Katanya modus operandi suspek ialah dengan membeli pelitup muka tanpa jenama daripada China dan membuat pembungkusan semula.
Iskandar Halim berkata permohonan reman ke atas suspek berkenaan telah dibenarkan oleh mahkamah bermula semalam sehingga Jumaat selama empat hari bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Cap Dagangan 2019
#cap dagang berdaftar
#cap dagangan
#China
#dalam talian
#jenama
#KPDNHEP
#mahkamah
#palsu
#pelitup muka
#pembungkusan semula
#perdagangan
#rampas
#reman
#serbuan
#suspek
#tiruan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan