Sebanyak 10,455 bungkusan makanan kucing dan anjing tiruan menggunakan jenama terkenal bernilai RM230,000, dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Sri Edaran Industrial Park, Kepong, pada Khamis.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) Ariffin Samsudin berkata dalam serbuan pada 11 pagi itu, pihaknya turut merampas alat timbang elektronik, mesin perekat dan mesin pencetak tarikh.
"Rampasan barangan makanan tiruan untuk kucing dan anjing itu merupakan kali pertama seumpamanya.
"Serbuan dilakukan selepas menerima aduan daripada wakil pemilik cap dagang berdaftar tentang tindakan sebuah syarikat yang menjual barangan berkenaan secara dalam talian di bawah harga pasaran," katanya kepada pemberita di Stor KPDNHEP WPKL, pada Jumaat.
Menurutnya pihak KPDNHEP sebelum itu turut menerima laporan daripada pelanggan yang mengatakan haiwan peliharaan mereka mengalami sakit perut setelah memakan produk berkenaan.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai yang ingin membeli makanan kucing dan anjing supaya mendapatkan produk asli dari pengedar sah atau kedai binatang peliharaan serta sentiasa berhati-hati terhadap produk yang dijual dalam talian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (c), Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan apa-apa barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah di bawah seksyen 100.
Untuk rekod, sepanjang bulan ini, sebanyak lapan rampasan melibatkan 13,404 pelbagai jenis barangan yang bernilai RM1.72 juta direkodkan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.
Orang ramai yang mempunyai sebarang masalah berkaitan boleh menyalurkan aduan kepada KPDNHEP melalui talian: 1800 886 800, e-mel: [email protected] atau mana-mana 73 pejabat KPDNHEP berdekatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 24 2020
KPDNHEP terima laporan daripada pelanggan yang mengatakan haiwan peliharaan mereka mengalami sakit perut. - Gambar hiasan
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
KPDNHEP rampas 10,455 bungkusan makanan kucing dan anjing tiruan
Dalam serbuan pada 11 pagi itu, pihaknya turut merampas alat timbang elektronik, mesin perekat dan mesin pencetak tarikh.