Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiasat sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur yang didakwa mengenakan harga penutup hidung dan mulut tiga lapisan melebihi harga maksimum yang ditetapkan.
Pengarahnya Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata pemeriksaan dibuat susulan aduan orang awam yang dikenakan bayaran RM201.60 bagi 18 keping penutup hidung dan mulut tiga lapisan.
"Harga itu terlalu tinggi iaitu bersamaan RM11.20 sekeping berbanding harga maksimum yang ditetapkan sebanyak RM1.50 sekeping," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata beberapa dokumen berkaitan transaksi dan juga penutup hidung dan mulut telah disita daripada hospital swasta berkenaan bagi tujuan siasatan, dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi kesalahan di bawah Seksyen 11 iaitu menjual atau menawarkan untuk menjual barangan harga terkawal (penutup hidung dan mulut tiga lapisan) melebihi harga maksimum.
Beliau juga berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat kepada KPDNHEP dengan melaporkan sebarang kegiatan yang mencurigakan melalui talian hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088/ 6245 di Enforcement Command Centre (ECC) atau e-mel ke http://e-aduan.kpdnhep.gov.my.
Sementara itu di KOTA KINABALU, Sabah, Ketua Polis Daerah ACP Habibi Majinji berkata pihaknya menerima 24 aduan mengenai kes penipuan membabitkan penjualan penutup hidung dan mulut serta cecair pembasmi kuman melibatkan kerugian sekitar RM147, 329 di daerah Kota Kinabalu sejak penularan COVID-19 di kesan dalam negara.
Beliau berkata kesemua kes penipuan berlaku disebabkan pengadu tertarik dengan tawaran untuk mendapatkan penutup hidung dan mulut di media sosial.
"Pengadu kemudiannya membuat pembayaran secara dalam talian kepada orang-orang yang dianggap sebagai penjual, tetapi apabila barangan yang ditempah tidak sampai dan penjual berkenaan juga tidak dapat dihubungi, pengadu berasa diperdaya dan seterusnya membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata kesemua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 15 2020
Aduan diterima berkaitan pesakit yang dikenakan bayaran RM201.60 bagi 18 keping penutup hidung dan mulut tiga lapisan. - Bernama
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
AWANI Tonight: UN Human Rights calls for independent investigation on Gaza mass graves
The UN Human Rights calls for an independent and transparent investigation into the mass graves found in and around hospitals in Gaza, including the Nasser Hospital.
AWANI Tonight: The US Senate approves bill to ban TikTok
The US Senate has approved a controversial landmark bill that could see TikTok banned in America, with President Joe Biden saying he would sign it into law as soon as it reaches his desk.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat dikebumi di kampung halaman
Jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus disemadi dengan penuh istiadat pengebumian ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
AWANI Tonight: 24 April 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC detains MB's son, five others
2. TikTok faces US ban
#AWANIEnglish #AWANINews
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
KPDNHEP rampas rokok tiruan RM3.38 juta di Pelabuhan Klang
KPDNHEP berjaya membanteras aktiviti pengedaran rokok tiruan apabila merampas satu kontena mengandungi 520,000 kotak rokok disyaki tiruan.
Kenaikan harga ayam: KPDNHEP buka lapan kertas siasatan
KPDNHEP telah membuka lapan kertas siasatan ke atas peniaga-peniaga ayam disyaki melakukan kesalahan mencatut.
KPDNHEP siasat hospital swasta kenakan harga penutup hidung dan mulut RM11.20 sekeping
Ia susulan aduan orang awam yang dikenakan bayaran RM201.60 bagi 18 keping penutup hidung dan mulut tiga lapisan.
Selain KFC, KPDNHEP turut siasat kenaikan harga makanan di McDonalds
Rungutan pengguna disebabkan dakwaan kenaikan harga mendadak bagi hidangan makanan di kedua-dua restoran makanan segera itu, khususnya di ibu negara.
KPDNKK tumpas sindiket seleweng LPG subsidi
Satu sindiket penyelewengan tong gas petroleum cecair (LPG) subsidi di Klang dikesan menjana keuntungan mudah dan menyebabkan kerugian subsidi berjumlah RM10 juta sejak setahun yang lepas.