Ratusan pesakit dan kakitangan Hospital KPJ Seremban diarah mengosongkan hospital itu selepas menerima panggilan ancaman bom sekitar 5.05 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata daripada 117 pesakit, lima daripada mereka berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 169 kakitangan.

"Kami telah menghantar pasukan ke lokasi dan bersiap sedia jika ada sebarang letupan atau perkara tidak diingini berlaku," katanya.

Difahamkan polis masih mengeledah seluruh bangunan tersebut.

Kesemua petugas, pesakit dan orang awam diarahkan keluar daripada hospital itu dan berkumpul di tempat selamat sehingga pemeriksaan selesai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh mengesahkan kejadian tersebut.