awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru mengaku lakukan amang seksual terhadap dua murid lelaki
Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik PTD ke-31
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT sedia timbang beku lesen penjualan arak

Bernama
Bernama
02/06/2020
03:20 MYT
KPKT sedia timbang beku lesen penjualan arak
KPKT akan mempertimbangkan cadangan supaya lesen penjualan arak di premis di bawah kuasa PBT dibekukan. Gambar fail
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersedia menimbang cadangan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) membekukan lesen baharu penjualan arak berikutan semakin banyak kemalangan jalan raya berlaku membabitkan pemandu mabuk kebelakangan ini.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata keputusan untuk membekukan lesen perlu dibuat secara teliti kerana ia melibatkan jangka masa panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc.
"Bidang kuasa dan garis panduan termasuk dalam bidang PBT juga, kita kena melihat statistik (secara keseluruhan) melibatkan kemalangan (jalan raya) disebabkan oleh arak ini.
"Kami tidak boleh membuta tuli membuat satu undang-undang berdasarkan ad hoc... kerajaan harus memikirkan masa depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau tapak menaik taraf Gerai Rakyat di Pekan Langkap di sini, pada Selasa.
Zuraida berkata pada masa ini, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedang meneliti beberapa perkara berkaitan isu penjualan arak yang perlu ditangani dari segi undang-undang penguatkuasaan dan hukuman yang perlu dikaji semula.
Baru-baru ini, semakin banyak berlaku kes nahas jalan raya membabitkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#alkohol
#arak
#beku
#jual
#kemalangan
#kemalangan maut
#kematian
#KPKT
#lesen
#mabuk
#maut
#Nahas
#pemandu mabuk
#Seksyen 302
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan