awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
MBPP aktifkan OPS Payung bagi tangani kesesakan sempena musim cuti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM disaran pertimbang cuti asal Aidiladha - Nik Nazmi

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
09/07/2020
03:48 MYT
KPM disaran pertimbang cuti asal Aidiladha - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, perubahan takwim mendatangkan kesukaran kepada guru yang telah merancanga perjalanan pulang ke kampung. - Gambar SINAR HARIAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) disarankan untuk mempertimbangkan semula cuti asal sambutan perayaan Aidiladha bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk pulang ke kampung masing-masing.
Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keadaan itu mendatangkan kesukaran kepada guru yang telah merancang perjalanan pulang ke kampung terutamanya merentasi Laut China Selatan.
"Kebanyakan guru yang telah membeli tiket penerbangan mengadu takwim baharu ini akan merumitkan keadaan mereka untuk pulang, kerana kadar tiket baharu sudah tentu akan lebih mahal.
"Saya faham situasi seperti ini berlaku kerana KPM ingin memadatkan takwim untuk menggantikan hari-hari pelajar tidak datang ke sekolah, namun, hari-hari pelajar tidak datang sekolah bukanlah bermaksud ketika itu guru-guru sedang bercuti," katanya dalam ciapan di akaun Twitternya di sini pada Khamis.
1. Bebenang: KPM wajar pertimbang cuti asal Aidiladha Pengumuman takwim akademik yang baharu dari Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyaksikan cuti Aidiladha untuk para guru telah dipendekkan.@RadziJidin @KemPendidikan
— Nik Nazmi (@niknazmi) July 9, 2020
Takwim asal cuti Aidiladha ialah pada 25 Julai hingga 2 Ogos mengalami perubahan menerusi takwim baharu yang dipendekkan kepada dua hari, iaitu pada 31 Julai dan 1 Ogos, tanpa sebarang cuti tambahan.
Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP), guru telah bekerja keras dari rumah untuk memastikan pembelajaran dalam talian berlangsung dengan lancar.
"Dengan membawa semula cuti Aidiladha yang asal, kita dapat memberi peluang kepada guru-guru ini untuk beraya bersama keluarga mereka, memandangkan ada yang tidak dapat pulang ke kampung kerana sekatan perjalanan rentas negeri tempoh hari.
"Ini adalah masa yang sesuai untuk KPM mendengar saranan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) untuk mengekalkan cuti Aidiladha yang asal," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#China
#cuepacs
#guru
#keluarga
#Malaysia
#Nik Nazmi
#Parlimen
#pelajar
#penerbangan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKPB
#PKPP
#PKR
#rentas negeri
#rumah
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan