Kementerian Pendidikan (KPM) disaran agar mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) di peringkat sekolah sebagai langkah menghadapi sebarang situasi kecemasan atau insiden tidak diingini.
Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata SOP sebegitu adalah perlu kerana boleh memberi panduan kepada pihak sekolah, murid dan guru untuk mendepani kejadian seperti pencemaran alam sekitar yang berlaku di Pasir Gudang baru-baru ini.
"Saya mencadangkan agar KPM berbincang dengan kementerian lain temasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi kerajaan lain untuk membantu wujudkan SOP berkenaan.
"Agensi -agensi Ini boleh membantu dengan memberikan input, cadangan serta maklum balas kepada KPM tentang bagaimana satu SOP sesuai yang boleh digunakan di sekolah apabila berlaku kecemasan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Kem Motivasi UPSR anjuran Yayasan Eco World di Hotel Good Hope Skudai di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata antara aspek yang boleh ditekankan ialah pemilihan topeng muka yang bersesuaian yang sepatutnya digunakan oleh pelajar dan warga sekolah kerana sebelum ini tiada pendedahan dan ilmu mengenainya, diberikan kepada pelajar, guru dan sekolah.
Katanya, dalam kes di Pasir Gudang itu misalnya, ramai pelajar mengalami trauma dan fobia yang amat serius kerana semua pihak tidak menjangkakan insiden itu akan menjadi serius.
"Saya sebagai aktivis sosial amat risau atas apa yang berlaku apabila terjadinya fobia di kalangan pelajar dan ibu bapa sehingga ada yang tidak mahu menghantar anak ke sekolah kerana risau akan keselamatan anak mereka. Jadi saya mencadangkan SOP ini perlu diwujudkan," kata beliau.
Menyentuh isu merotan pelajar, Lee berkata penggunaan rotan haruslah menjadi alternatif terakhir pihak sekolah untuk mendisiplin dan membentuk pelajar.
Katanya, bagi mengelakkan isu rotan terus terjadi, KPM disarankan agar memastikan bilangan guru kaunseling di setiap sekolah mencukupi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2019
LAM THYE: Agensi -agensi Ini boleh membantu dengan memberikan input, cadangan serta maklum balas kepada KPM tentang bagaimana satu SOP sesuai yang boleh digunakan di sekolah apabila berlaku kecemasan. - Gambar fail
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Cuaca panas: KPM nasihat murid, pelajar sekolah minum air secukupnya
Kementerian Pendidikan menasihatkan semua murid dan pelajar sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar supaya minum air secukupnya serta memakai pakaian seragam sekolah yang bersesuai susulan kead
3,038 sekolah kurang murid tahun ini, tiada yang ditutup - Wong
Sebanyak 3,038 sekolah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid iaitu kurang daripada 150 pelajar pada tahun ini.
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.
Aspek keselamatan, kesalinghubungan internet intipati perbincangan dua kementerian - Fadhlina
Aspek keselamatan kanak-kanak dalam talian antara dibangkitkan pada perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan, semalam.
Tiada keperluan beri pihak swasta kendali program Sijil Vokasional Malaysia - KPM
Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini.
Sistem PADU penting untuk bantu kerajaaan rangka program manfaatkan rakyat - Mohd Uzir
Keperluan untuk mendaftar dengan sistem PADU penting supaya kerajaan dapat merangka program yang boleh dilaksanakan dengan berkesan bagi memberi manfaat kepada rakyat.
Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik 20,171 guru baharu secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.
Kadar keciciran murid catat trend penurunan - KPM
KPM turut menjalankan program 'outreach' murid cicir di semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama komuniti setempat.
Guru wanita berdepan hukuman jika dakwaan cabul murid benar - Fadhlina
Beliau berkata buat masa ini guru berkenaan tidak dibenarkan berurusan dengan mana-mana murid sehingga siasatan selesai.
Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual - KPM
KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media.