Beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum membuka kembali sesi persekolahan kepada pelajar-pelajar khasnya berkenaan soal geografi seperti sekolah pedalaman di Sarawak.
Menurut Presiden Kesatuan Guru Bumputera Sarawak (KGBS), Ahmad Malie, makluman awal pembukaan sekolah dapat membantu memudahkan urusan pergerakan kembali guru-guru ke stesen bertugas.
Ujarnya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kebanyakan guru masih terkandas di kampung halaman masing-masing kerana ia berlaku secara kebetulan pada cuti persekolahan.
“Sekiranya diumumkan dalam masa terdekat, kemungkinan perkara ini akan menimbulkan kesulitan kepada guru-guru untuk kembali ke sekolah masing-masing.
“Terutama sekali apabila mengambil kira lokaliti di Sarawak di mana kebanyakannya sekolah-sekolah berada di luar bandar atau pedalaman,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dalam masa sama, Ahmad turut berharap pihak KPM dapat menyediakan peralatan diperlukan kepada pelajar seperti pensanitasi tangan dan pelitup muka bagi permulaan sesi persekolahan.
Jelasnya, pembukaan dalam masa terdekat adalah tidak wajar kerana penggal pertama persekolahan hanya berbaki seminggu sahaja lagi sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak bermula.
“Bagi KGBS, adalah lebih baik sekolah ini dimulakan selepas cuti Hari Raya dan Hari Gawai iaitu pada penggal kedua persekolahan pada 9 Jun 2020,” tambahnya.
Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini berkenaan isu arahan tidak jelas guru perlu hadir ke sekolah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Jelas Ismail, keputusan itu terserah kepada KPM untuk memutuskan guru kembali ke sekolah.
Sementara itu, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Jidin pada Rabu berkata, Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pengurusan sekolah masih dalam perincian.
Nickyson Nyambar
Thu May 14 2020
Sebelum sebarang keputusan dilakukan berkenaan pembukaan semula sesi persekolahan, beberapa perkara perlu diberi perhatian awal dalam memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. -Gambar Arkib
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
KGBS gesa KPM tambah bilangan guru di Sarawak
Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengisi kekurangan guru di Sarawak dengan segera.
KPM perlu ambil kira faktor geografi Sarawak - KGBS
Antara yang perlu diteliti termasuk soal lokaliti, keselamatan pelajar serta masa pembukaan yang bersesuaian.
Pembatalan dan penangguhan peperiksaan umum tepat demi keselamatan pelajar
Dalam mendepani masa sukar ini, keselamatan semua pihak menjadi keutamaan khasnya para pelajar.