Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung siasatan membabitkan penahanan dua pelajar Universiti Antarabangsa Al-Ma-dinah (MEDIU) yang disyaki terlibat dengan militan Daish.
Selain itu, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) akan sentiasa memastikan semua institusi pendidikan tinggi termasuk MEDIU mematuhi Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).
"KPT memandang serius penangkapan dua pelajar MEDIU oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas Daish.
"KPT juga mengambil maklum penjelasan yang telah dikeluarkan oleh pihak MEDIU berhubung perkara ini," kata kementerian itu dalam kenyataan di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan mengenai penahanan tujuh lelaki pada 3 Nov hingga 16 Dis lepas kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan, dengan dua daripadanya adalah warga asing yang menuntut di MEDIU.
Pada Rabu lepas, Timbalan Rektor Hubungan Luar MEDIU Datuk Dr Ab. Ghani Mohamad berkata dua pelajar terbabit telah disingkirkan daripada universiti itu.
Mengenai status penambahbaikan sukatan pelajaran Akidah di MEDIU bagi pengiktirafan kelayakan untuk pelantikan ke perkhidmatan awam, KPT berkata pihaknya mengadakan mesyuarat dengan MEDIU semalam.
Dalam mesyuarat itu, wakil MEDIU memberitahu bahawa ia telah menubuhkan jawatankuasa dalaman bagi mengkaji dan menambah baik sukatan pelajaran Akidah seperti yang dicadangkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Jawatankuasa itu, yang dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif MEDIU Prof Dr Mohammed Khalifa Al-Tamimi, bersedia membentangkan penambahbaikan yang telah dibuat setakat ini kepada panel terdiri daripada MAIS, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan pakar-pakar dari universiti.
"KPT akan menyelaras proses ini. Makluman lanjut akan disampaikan dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016
KPT akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa penahanan dua pelajar MEDIU yang disyaki terlibat dengan militan Daish. - Gambar hiasan
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita antarabangsa yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat - 10 Mei 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
EAEU menjadi pusat kuasa bebas dalam dunia multipolar, kata Putin
Putin menyeru negara anggota EAEU agar bekerjasama untuk mencapai integrasi dan pembangunan menyeluruh dalam blok itu.
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
Undian resolusi tuntut iktiraf Palestin sebagai negara anggota PBB esok
Undian mengenai resolusi itu akan berlangsung semasa Perhimpunan Agung dianggotai 193 negara kira-kira 10 pagi waktu New York.
10 Berita Pilihan - (09 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight: Charity Shield match cancelled after S'gor FC withdraws
Tomorrow's Charity Shield match between Johor Darul Ta'zim (JDT) and Selangor FC (SFC) has been cancelled after the Red Giants pulled out of the game.
AWANI Tonight: The first batch of Malaysian Hajj pilgrims arrive in Medina
A total of 282 Malaysian Hajj pilgrims arrived at the Emaar Royal Hotel in Medina on Thursday, with seven buses transporting them to the accomodation zone managed by Tabung Haji.
AWANI Tonight: Astro AWANI releases AI guideline, JIWA
Astro AWANI announced the release of its AI Guideline, JIWA for the editorial team.
Kempen PH dijalankan mengikut lunas undang-undang - Loke
Loke menegaskan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.
Serangan bom kereta: 8 maut, 15 cedera termasuk Ahli Parlimen Afghanistan
Menurut pihak berkuasa, serangan turut mencederakan 15 yang lain termasuk Ahli Parlimen, Khan Mohammad Wardak.
6 penguat kuasa undang-undang cedera serangan pengebom bunuh diri di Rusia
Letupan berlaku di luar bangunan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB)
EU pertimbang langkah baharu tangani ekstremis
Ini susulan siri pembunuhan di Austria dan Perancis dalam beberapa minggu terakhir oleh pengganas yang dikaitkan dengan militan Daish.
UK tingkat tahap ancaman keganasan kedua tertinggi
United Kingdom (UK) meningkatkan tahap ancaman keganasannya pada tahap kedua tertinggi susulan serangan di Austria dan Perancis.