Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penularan video 'kitar semula' di media sosial yang mendakwa rumah kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengabaikan penghuninya.
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata video "Suara anak tong sampah" berdurasi kira-kira 15 minit yang tular sejak 21 Sept lalu merupakan sebuah video lama yang tersebar sejak 2012 oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Beliau turut menegaskan bahawa dakwaan lelaki yang merupakan bekas penghuni rumah kebajikan dalam video tersebut adalah tidak benar sekali.
"Pihak kementerian telah mengadakan pertemuan dengan individu dalam video berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut. Dia mengaku yang dia dibayar untuk itu.
"Perkara itu sudah selesai pada tahun 2012. Namun, pihak yang tidak bertanggungjawab mula mengitar semula video lama untuk mempolitikkan isu berkenaan dan menjejaskan imej kementerian dan JKM," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Menurut Rohani, individu dalam video berkenaan yang kini berusia 30 tahun 'diburu' pihak tidak bertanggungjawab untuk menerbitkan video baharu.
"Beliau telah insaf dan berubah. Jangan ganggu beliau lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2017
Rohani berkata, individu dalam video berkenaan yang kini berusia 30 tahun 'diburu' pihak tidak bertanggungjawab untuk menerbitkan video baharu. - Gambar fail
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Enam rumah separuh kekal di Kampung Unta musnah
Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, Lahad Datu musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.
Suami didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun, isteri bersubahat
Pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 serta diperintahkan agar mereka tidak menghampiri mana-mana saksi.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Banjir di Melaka: Lebih 300 petugas JKM siap siaga
Petugas JKM akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara bagi membantu mangsa banjir khususnya memastikan aspek kebajikan dan keselesaan mereka.
KPWKM salur bantuan kepada wanita dakwa diberi layanan buruk pegawai JKM - Nancy
Nancy berkata pegawai dari pejabatnya sendiri telah bertemu wanita itu pada Selasa bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Elaun Pekerja OKU pengemis miliki Proton X70 dihentikan - Noraini
Noraini berkata di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977, tiada hukuman punitif terhadap golongan mengeksploitasi kekurangan diri untuk menjana kemewahan.
Lebih 674,000 OKU berdaftar dengan JKM
Jumlah Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar sehingga 2022 adalah sebanyak 674,548 orang iaitu dua peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.
Wanita hilangkan diri selepas tinggalkan bayi usia 3 hari
Bayi berkenaan ditinggalkan ibunya yang tidak diketahui identitinya kepada seorang wanita warga Indonesia, Isan Nidin.
Dua beradik bawah umur dipercayai dieksploitasi ibu diselamatkan JKM
Remaja lelaki berusia 13 dan 15 tahun dan masih bersekolah itu dipercayai mampu meraih pendapatan lumayan mencecah lebih RM10,000 sebulan.