awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurang ekonomi rakyat meluas jika isu gaji, pengangguran tidak diatasi - Khairil Nizam
AWC jalin kerjasama dengan TwinMatrix Technologies pertingkat inovasi digital
Serangan bersenjata di padang bola sepak Mexico, 11 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM nafi laporan peningkatan kes keganasan rumah tangga ketika PKP

Bernama
Bernama
04/04/2020
14:01 MYT
KPWKM nafi laporan peningkatan kes keganasan rumah tangga ketika PKP
KPWKM menjelaskan artikel mengenai peningkatan kes keganasan rumah tangga sebanyak 57 peratus ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak benar. - Gambar hiasan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan artikel dan laporan mengenai peningkatan kes keganasan rumah tangga dicatatkan melalui Talian Kasih kementerian.
Dalam kenyataan hari ini KPWKM menjelaskan artikel mengenai peningkatan kes keganasan rumah tangga sebanyak 57 peratus ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah tidak benar.
"KPWKM ingin menegaskan bahawa peningkatan jumlah peratusan panggilan itu merangkumi semua kategori, termasuk panggilan berhubung COVID-19, rujukan kes-kes bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kes kaunseling dan lain-lain.
"Semua pihak diminta supaya tidak menyalah tafsir data panggilan kes keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak yang disiarkan di portal kementerian untuk tujuan penulisan artikel atau hebahan," kata kenyataan itu.
Menurutnya semua pihak juga diminta merujuk sumber sahih serta mendapatkan penjelasan kementerian sebelum membuat sebarang kenyataan di mana-mana saluran komunikasi.
"KPWKM memandang serius semua panggilan yang diterima termasuk isu keganasan rumah tangga dan penderaan terutama ketika tempoh PKP, dan tindakan segera terus diambil pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2017 serta Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," kata kenyataan itu.
Semalam, sebuah portal berita melaporkan kes keganasan rumah tangga meningkat 57 peratus dalam tempoh PKP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#keganasan rumah tangga
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#KPWKM
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Talian Kasih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan