awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China perketat peraturan e-dagang penstriman langsung, platform perdagangan dalam talian
Skandal FAM: 'Perlu tahu pasukan mana juara kumpulan agar masuk balang undian ...' - Windsor
Lelaki tempatan maut ditembak di Klang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kren tumbang di hadapan IPD Dang Wangi, lima kereta rosak teruk

Bernama
Bernama
06/06/2018
21:39 MYT
Kren tumbang di hadapan IPD Dang Wangi, lima kereta rosak teruk
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.
Lima buah kenderaan rosak teruk apabila dihempap sebuah kren di tapak pembinaan hotel berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira 5 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.
"Sejurus kejadian, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dan pemeriksaan awal mendapati lima kenderaan awam yang diletakkan di kawasan parkir berhampiran tapak projek itu rosak teruk,"katanya.
Sementara itu, saksi kejadian Ramli Bakar, 57, berkata ketika kejadian dia mendengar satu bunyi dentuman kuat yang mengegarkan kawasan sekitar.
"Saya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Bangsar, ketika melalui kawasan itu tiba-tiba sebuah kren di tapak pembinaan itu condong sebelum jatuh menghempap kereta.
"Bunyi sangat kuat dan terasa sedikit gegaran sebelum orang ramai mengerumuni kawasan terbabit. Syukur tiada mangsa terlibat," katanya kepada Bernama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ACP Shaharuddin Abdullah
#IPD Dang Wangi
#Ketua Polis Daerah Dang Wangi
#kren tumbang
#Ramli Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan