Krisis Tun M, TMJ: 'Ia bukan isu peribadi' - Anwar

Krisis Tun M, TMJ: 'Ia bukan isu peribadi' - Anwar
Anwar bersama Vivian ketika melakukan 'walkabout' di Bazar Ramadan Pusat Bandar Sandakan. - Foto Harits Asyraf Hasnan/Astro AWANI
SANDAKAN: Tiada isu peribadi lantaran krisis antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Presiden PKR itu, tindakan Perdana Menteri semata-mata bertujuan untuk memastikan bahawa semangat Perlembagaan Persekutuan dipelihara.
“Isu ini bukan isu peribadi. Perdana Menteri hanya mahu memastikan semangat Perlembagaan Persekutuan dipelihara dan saya fikir kita bersama dengan dia (Mahathir) dalam perkara ini,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan walkabout di Bazar Ramadan Pusat Bandar Sandakan, di sini hari ini.

Turut bersama dengan beliau adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew dan calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

Semalam, Dr Mahathir menggelar Tunku Ismail sebagai seorang budak kecil dan dia juga 'bodoh'.


Ia sebagai reaksi pada kenyataan Tunku Ismail yang membangkitkan perkara baik dilakukan ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang tidak dihebohkan.

Menurut Perdana Menteri, adalah lebih baik seandainya putera sulung Sultan Johor itu berdiam diri daripada bercakap perkara yang beliau tidak tahu