awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kritik kerajaan buatkan pembangkang termasuk Tun M macam badut - M. Kayveas

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/11/2015
08:55 MYT
Kritik kerajaan buatkan pembangkang termasuk Tun M macam badut - M. Kayveas
KAYVEAS: Tun Mahathir sepatutnya tahu apa yang beliau harus lakukan. - Gambar Fail
Sesiapa sahaja yang mengkritik kerajaan secara berterusan akan membuatkan individu itu kelihatan seperti badut, kata Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP), Tan Sri M Kayveas.
Kayveas berpandangan, beberapa pemimpin pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya berhenti mengkritik kerajaan setelah kritikan mereka mula terjawab dari masa ke semasa.
"Mahathir telah menjadi Perdana Menteri untuk lebih 20 tahun dan dia menerima faedahnya. Kami sayangkan dia (Tun Mahathir), kami sukakan dia.
"Tapi bila dia mengkritik sesuatu perkara, ia menyakitkan kami," kata Kayveas ketika ditemui pada sambutan Rumah Terbuka Hari Deepavali PPP di sini hari ini.
Ditanya apakah yang harus Tun Mahathir lakukan kini selain terus mengkritik kerajaan, kata Kayveas, tokoh itu sepatutnya tahu apa yang harus dia lakukan.
"Tun Mahathir tahu apa yang harus dia buat. Semua orang perlu bertenang (tone down) sebab persoalan telah mula terjawab satu per satu.
"Tidak banyak yang mereka mampu lakukan. Kritikan yang berterusan akan membuatkan mereka dilihat seperti badut," jelas Kayveas.
Beliau turut melahirkan rasa kasihan kepada sesetengah individu yang menkritik kerajaan kerana katanya pihak tersebut sebenarnya tidak tahu apa yang sedang mereka lakukan.
Topic Berkaitan
#BarisanNasional
#kayveas
#kerajaan
#PPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan