awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Kami tuan di negara sendiri” - PM Kanada, Mark Carney jawab ancaman Presiden Trump
Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2026, OPR tidak berubah -- Penganalisis
Dilema dihadapi 'whistleblower' punca gejala rasuah terus berakar umbi - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kritikan Mat Sabu terhadap Hadi boleh lemahkan parti - Ahmad Yakob

Bernama
Bernama
31/05/2015
11:28 MYT
Kritikan Mat Sabu terhadap Hadi boleh lemahkan parti - Ahmad Yakob
AHMAD YAKOB: Kritikan Mat Sabu terhadap Hadi boleh lemahkan parti. -Gambar fail
Tindakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengkritik presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi peluang kepada pihak lawan mengambil kesempatan untuk melemahkan parti, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata pimpinan parti perlu mengadakan perbincangan sekiranya timbul permasalahan dan tidak membuat kritikan secara terbuka yang boleh memberi kesan kepada parti.
"Kritikan ini sepatutnya dibuat secara perbincangan dalaman dan bukan di luar musuh parti akan ambil kesempatan.
"Orang membaca, orang membuat satu persepsi yang tidak betul terhadap kita dan ini boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak Kelantan Membangun Bersama Islam Peringkat Zon Utara di Mini Stadium Pasir Mas di sini, hari ini.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas tindakan Mohamad atau lebih dikenali "Mat Sabu" yang akan mempertahankan jawatannya pada Muktamar Tahunan PAS 2015, mempertikaikan kegagalan Abdul Hadi untuk menawan Terengganu, selain menyindir tindakan Abdul Hadi yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.
Ahmad berkata PAS membuka ruang kepada pemimpin dan anggotanya untuk melontarkan sebarang pandangan terhadap parti melalui muktamar yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini di Kuala Selangor, Selangor.
"Kita ada ruang untuk bagi pandangan, dengar dulu ucap tama presiden kemudian bahaslah dengan memberikan cadangan serta idea ke arah memperkukuhkan parti bukannya menghancurkan parti," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#HADI AWANG
#PAS
#Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan