MALAYSIA
Kronologi ancaman bom di kompleks Bursa Malaysia

Pada jam 3.24 petang, polis mengesahkan kawasan kejadian selamat serta petugas dan kakitangan Bursa Malaysia boleh kembali bertugas seperti biasa. -Foto Astro AWANI / Shamim Hasni
Orang ramai gempar apabila salah satu kawasan paling sibuk di ibu negara digemparkan dengan ancaman bom melibatkan bangunan Bursa Malaysia di sini hari ini.
9.00 pagi
Suasana tenang, kakitangan yang bertugas di Bursa Malaysia dan organisasi lain yang berpusat di bangunan tersebut memulakan tugas seperti biasa.
12.01 tengah hari
Pejabat Am Bursa Malaysia menerima panggilan ancaman bom. Panggilan tersebut menyebut serangan bom akan dibuat selepas solat Jumaat di bangunan Bursa Malaysia.
Selain itu, ia melibatkan ancaman terhadap Kuil Sri Ganeshar di Jalan Pudu Lama yang terletak di belakang Menara Maybank, Jalan Tun Perak.
Empat panggilan diterima mengenai ancaman yang sama.
1.00 tengah hari
Pihak Bursa Malaysia mengarahkan bangunan dikosongkan termasuk bangunan Annexe Bursa Malaysia yang merupakan pusat operasi penyiaran Astro AWANI.
1.20 petang
Polis mengepung kawasan sekitar termasuk menutup beberapa jalan seperti Jalan Pudu Lama, Persiaran Maybank berdekatan Jalan Raja Chulan.
1.40 petang
Skuad Anjing Pengesan PDRM (K-9) tiba dan memasuki bangunan Bursa Malaysia untuk membuat pemeriksaan.
3 petang
Jurucakap polis memaklumkan tiada bom dijumpai dan pemeriksaan masih diteruskan.

Orang awam tidak dibenarkan untuk memasuki kompleks Bursa Malaysia selepas pihak pentadbiran menerima panggilan tentang ancaman bom di bangunan itu. - Gambar Astro AWANI
IKUTI LAPOR LANGSUNG ASTRO AWANI DI SINI3.24 petang
Ketua Keselamatan Bangunan Bursa Malaysia, SI Mispan Kaliman mengesahkan keadaan selamat sepenuhnya dan petugas dibenarkan memasuki bangunan.
Polis meminta kakitangan Bursa Malaysia untuk memaklumkan pihak berkuasa jika terdapat sebarang objek yang mencurigakan.
3.30 petang
Perniagaan serta urusan di sekitar tempat kejadian diteruskan seperti biasa.
5.41 petang
Bursa Malaysia Berhad memaklumkan bahawa urus niaga di Bursa Malaysia berjalan seperti biasa walaupun menerima ancaman bom.

Anggota polis dan skuad K9 sedang memantau keadaan di sekitar kompleks Bursa Malaysia hari ini. - Gambar Astro AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami