Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal memperkenalkan perkhidmatan koc 'Business Class' (kelas perniagaan) bagi perkhidmatan tren elektrik terbaharunya ETS2, bulan hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata koc kelas perniagaan eksklusif itu, satu daripada enam gerabak ETS2 direka khas, sebagai pilihan untuk penumpang yang mahukan kelainan tersendiri ketika menaiki perkhidmatan tren itu, selain dilengkapi kemudahan kondusif seiring jenama kelas perniagaan tersebut.
"Ini termasuk tempat duduk luas dan selesa berbanding koc biasa, serta perkhidmatan pramugara dan pramugari khusus bagi koc kelas perniagaan. Penumpang dalam gerabak itu turut akan ditawarkan kemudahan khas seperti kit perjalanan, Audio Video-On-Demand (AVoD) serta port USB," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata tiket tren bagi perjalanan bermula dari 11 Okt itu akan dijual mulai 8.30 pagi, 12 Sept ini.
Katanya, perkhidmatan tren elektrik (ETS) amat popular dalam kalangan penumpang KTMB dan sepanjang tahun lepas, sejumlah 3.91 juta orang telah menggunakan perkhidmatan kereta api itu.
"Sehingga Julai tahun ini sahaja, sebanyak 2.15 juta orang telah menaiki ETS, purata 10,400 penumpang sehari. Penambahan set-set tren ETS2 itu sejajar dengan hasrat kerajaan meningkatkan penggunaan perkhidmatan awam berasaskan rel.
"Dua perkhidmatan tren terbaharu itu menjadikan keseluruhan 38 perkhidmatan ETS beroperasi setiap hari. Ia sebahagian daripada sembilan set tren ETS2 yang bakal diterima peneraju perkhidmatan rel nasional itu secara berperingkat sehingga suku pertama tahun depan," katanya.
Bersempena dengan pengenalan koc baharu itu, KTMB turut mengumumkan harga tiket promosi RM50 untuk dewasa bagi perjalanan sehala antara KL Sentral dan Ipoh, Perak, manakala RM112 bagi perjalanan KL Sentral-Padang Besar, Perlis dan promosi itu sah bagi perjalanan di antara 11 Okt sehingga 30 Nov 2019.
Sementara warga emas, pesara kerajaan dan isteri, orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun pula layak menerima diskaun konsesi, manakala kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun (tanpa tempat duduk) tidak dikenakan sebarang bayaran.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung ETS2 di laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau ktmberhad (Facebook), ktmbofficial (Instagram), @ktm_berhad (Twitter) atau menerusi Pusat Panggilan 24 jam KTMB di talian 03-22661200.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 11 2019
Koc kelas perniagaan eksklusif itu, satu daripada enam gerabak ETS2 direka khas.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Betta fish nombor syatu! Ayda Jebat dinobat juara The Masked Singer Malaysia 3
Betta Fish atau figura sebenarnya, penyanyi Ayda Jebat diumumkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia 3 (TMSMY3).
Masalah Malaysia ialah pemimpin utama terlebih kuasa - Nazir Razak
Penumpuan kuasa perlu diagihkan supaya tidak wujud ruang dan peluang untuk sebarang penyalahgunaan.
BCorp dapat kontrak bangunkan hotel mewah di Jepun
BCorp menjangka projek itu dengan hotel mewah serta akuarium yang menggabungkan teknologi digital terkini dan kehidupan laut sebenar akan membawa tenaga dan kemakmuran kepada bandar Yokohama.
KTMB bakal perkenal koc kelas perniagaan bagi ETS2
Koc kelas perniagaan eksklusif itu, satu daripada enam gerabak ETS2 direka khas, sebagai pilihan untuk penumpang yang mahukan kelainan tersendiri ketika menaiki perkhidmatan tren itu.
Astro umum kerjasama eksklusif dengan iQIYI
Di bawah perkongsian itu, Astro mempunyai hak eksklusif untuk mempersembahkan kandungan iQIYI menerusi televisyen, On Demand dan OTT.
DBP ambil pendekatan inklusif martabatkan Bahasa Melayu - Ketua Pengarah
Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata pada masa ini DBP dilihat terlalu eksklusif untuk orang Melayu dan seolah-olah menutup pintu kepada orang bukan Melayu.
Dr Mahathir saksikan koleksi Dunia Islam Muzium British
Galeri Dunia Islam Yayasan Albukhary yang mengetengahkan artifak kesenian Islam, sedang dalam pembinaan dan akan dibuka kepada umum pada 18 Okt ini.
'Jangan sekat pemilikan hartanah oleh warga asing di Johor sahaja'
Sebaliknya, ia haruslah mencerminkan dasar sebenar kerajaan secara umum terhadap hartanah milikan asing di Malaysia keseluruhannya.
Bijan, untuk yang 'ada-ada' sahaja
Namanya mungkin tidak begitu dikenali, namun jangan terpedaya kerana ia sebuah jenama dengan nilai yang sangat tinggi.
Kesahihan penukaran agama kepada Islam kuasa eksklusif Mahkamah Syariah
Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa sama ada seseorang itu Islam atau tidak, ia adalah perkara di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah untuk menentukannya.