Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan memperkenalkan sistem tiket baharu secara dalam talian bagi meningkatkan mutu penjualan tiket bermula 17 Ogos ini.
Ketua Pegawai Eksekutif KTMB Datuk Kamarulzaman Zainal berkata sistem dikenali sebagai KTMB Integrated Ticketing System (KITS) itu diharap dapat meningkatkan jumlah pembelian tiket secara dalam talian dengan lebih lancar dan terjamin.
"Kami sedar masalah dihadapi sebelum ini berlakunya kesesakan penjualan tiket kerana terlalu ramai pengguna dalam talian pada satu-satu masa.
"Jadi kami hendak elakkan perkara itu dengan menggunakan teknologi cloud untuk memudahkan pengguna membeli tiket di kaunter atau secara dalam talian di rumah," katanya kepada pemberita selepas meraikan Majlis Ulang Tahun KTM Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) di KL Sentral di sini, hari ini.
Kamarulzaman berkata sistem baharu itu diharap dapat mengurangkan masalah kesesakan penjualan tiket di kaunter selain memudahkan pengguna membeli tiket secara dalam talian.
Sempena ulang tahun kedua-dua perkhidmatan itu, beliau berkata tiket percuma akan diberikan kepada 25 penumpang pertama yang akan menaiki komuter di setiap stesen KTM Komuter Lembah Klang pada 25 Ogos ini.
"Hadiah berupa tiket-tiket percuma ETS juga diberikan kepada pemenang peraduan ucapan ulang tahun Komuter dan ETS yang berakhir semalam," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Kamarulzaman berkata perkhidmatan KTM Komuter kini menjangkau usia 25 tahun manakala tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 bagi perkhidmatan ETS.
"Bermula dengan laluan antara Rawang (Selangor) dan Kuala Lumpur pada 3 Ogos 1995, kerajaan ketika itu memutuskan memberi perkhidmatan (Komuter) percuma untuk 11 hari pertamanya kepada rakyat.
"Jasanya (Komuter) beroperasi tujuh hari seminggu selama 25 tahun itu, telah membolehkan lebih 742 juta penumpang tiba ke destinasi masing-masing," katanya sambil menambah komuter sebagai pengangkutan kereta api elektrik pertama diperkenalkan di Malaysia.
Menurutnya, sejak dilancarkan pada 2010 antara Kuala Lumpur dan Ipoh (Perak), ETS pula telah membawa lebih 23 juta penumpang sehingga kini.
"Operasinya juga telah merangkumi di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 11 2020
Sistem baharu itu diharap dapat mengurangkan masalah kesesakan penjualan tiket di kaunter selain memudahkan pengguna membeli tiket secara dalam talian. - Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
Mengaku dua tuduhan rasuah, peniaga didenda RM20,000
Dia didakwa memberi suapan wang tunai RM3,000 kepada seorang pegawai TNB sebagai satu balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan.
Bangunan kilang hasilkan ubat musnah terbakar di Ipoh
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A tempat penghasilan ubat berkeluasan 70 x 60 kaki yang terbakar dalam lingkungan 80 peratus.
Pasar raya Mydin di Manjoi terbakar
Kebakaran dikatakan bermula di tingkat dua premis perniagaan berkenaan sekitar jam 6.45 petang tadi.
Remaja maut, kemalangan motosikal, kereta di Ipoh
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohamad Nabil Iqmal Abdullah, 17, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lelaki ditemui maut dalam Myvi terkunci
JBPM Perak menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.20 tengah malam.
Bapa, bayi 11 bulan maut nahas tiga kereta
Muhammad Fakhrul Najmi Roslan, 26 tahun, yang memandu kereta jenis Proton Saga dilaporkan maut di tempat kejadian.
Ambil alih Hotel Syuen: Tingkat imej Ipoh, jadi bandar pelancongan antarabangsa
Rumaizi berkata, rantaian antarabangsa dalam industri perhotelan itu bakal menjadi satu lagi tarikan terbaharu di Ipoh.
Ipoh jadi bandar CERIA, penduduk nikmati kebahagiaan, kesejahteraan
Fokus MBI tahun ini memastikan pelbagai inisiatif dinikmati warga Ipoh, yang berpusat pada kebahagiaan dan kesejahteraan.
Beberapa kawasan di Ipoh banjir kilat akibat hujan lebat berterusan
Hujan lebat berterusan selama kira-kira dua jam disertai ribut menyebabkan beberapa kawasan di bandar raya ini dilanda banjir kilat petang tadi.