awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat pendaki ditemukan maut di Greece
Pesta Pulau Pinang jadi tumpuan, tawar pelbagai tarikan
Google benarkan tukar nama akaun Gmail, terhad 3 kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KTMB sedia bas jika laluan kereta api dilanda banjir

Aida Aziz
Aida Aziz
11/12/2019
06:08 MYT
KTMB sedia bas jika laluan kereta api dilanda banjir
KTMP turut bersiap siaga dengan membuka bilik gerakan banjir di kawasan Pantai Timur bagi memantau keadaan semasa banjir.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan kemudahan bas kepada penumpangnya, jika terdapat perkhidmatan kereta api yang dihentikan akibat banjir di stesen-stesen yang berkenaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan keselamatan penumpang dan operasi pengangkutan itu tidak tergendala ketika musim banjir.
Katanya lagi, ia juga merupakan persiapan untuk menghadapi musim tengkujuh yang melanda di beberapa negeri.
"Jika berlaku keadaan di mana tidak selamat untuk keretapi beroperasi, sudah tentulah khidmat kereta api akan dihentikan untuk sementara waktu.
"Tetapi khidmat dari bentuk lain iaitu bas-bas akan digantikan untuk stesen atau laluan yang tidak dapat digunakan oleh kereta api, ini demi keselamatan dan memastikan operasi kita memberi perkhidmatan kepada rakyat walaupun banjir mungkin berlaku," katanya.
Beliau ditemui di Majlis Konvokesyen Akademi KTM di Akademi KTM di sini pada Rabu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Ir Kamarulzaman Zainal berkata, pihaknya turut bersiap siaga dengan membuka bilik gerakan banjir di kawasan Pantai Timur bagi memantau keadaan semasa banjir.
"Pemeriksaan dibuat setiap hari untuk menentukan paras air sentiasa terkawal untuk kita buat laluan (keretapi),
"Sekiranya paras air terlalu tinggi dan membahayakan maka kita akan menggantung perkhidmatan, mungkin dari certain point ke certain point," katanya.
Terdahulu, dalam majlis itu, Kamarudin menyampaikan Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Keretapi Tanah Melayu Berhad kepada 226 graduan yang terlibat.
Topic Berkaitan
#banjir
#bas
#Kamarudin Jaffar
#Kamarulzaman Zainal
#KTMB
#stesen kereta api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan