Spekulasi sama ada Datuk Bandar Kuala Lumpur sedia ada bakal digantikan kini terus bertambah hangat.
Hal ini kerana Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dikatakan bakal bersara awal pada penghujung bulan depan.
Mhd Amin Nordin, 63, sepatutnya bersara pada 18 Julai 2017 namun perkhidmatannya disambung kerajaan terdahulu secara kontrak selama dua tahun sehingga Julai 2019.
Menurut sumber, beliau dinasihatkan untuk menamatkan kontraknya dan bersara awal pada bulan depan, setelah kerajaan Pakatan Harapan menyatakan berhasrat untuk meletakkan calon bagi menggantikan beliau.
Namun, Mhd Amin Nordin ketika dihubungi media baru-baru ini terus mengunci mulut mengenai perkara ini.
"Anda akan tahu kemudian, tunggu dan lihat sahaja," katanya secara ringkas.
Mhd. Amin Nordin, Datuk Bandar ke-11 itu mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam pentadbiran kerajaan tempatan dan pengurusan perbandaran, terutamanya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai timbalan pengarah di Jabatan Landskap DBKL pada 1978 ketika berusia 22 tahun.
Beliau juga merupakan antara pegawai yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran seramai 10 orang Datuk Bandar Kuala Lumpur, termasuk di bawah Allahyarham Tan Sri Elyas Omar sebagai pegawai khasnya selama empat tahun.
Terdapat desas-desus bahawa sudah ada lima nama disenarai pendek untuk memikul tanggungjawab Datuk Bandar ke-12.
Antara nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Mhd Amin adalah bekas Yang dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.
Nor Hisham bersara pada Mei tahun lepas selepas dua tahun memegang jawatan tersebut sejak 2014 dan disambung menerusi kontrak selama satu tahun atas kecemerlangan beliau di MPSJ.
Beliau mempunyai pengalaman selama 37 tahun dalam pelbagai agensi kerajaan di peringkat pusat dan negeri antaranya Pejabat Tanah Daerah Gombak, Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Anggota parlimen Cheras, Tan Kok Wai yang juga bekas anggota lembaga pengarah DBKL tidak menafikan atau mengiyakan tentang pelantikan Datuk Bandar yang baharu ketika diminta mengesahkan perkara itu.
Katanya beberapa mesyuarat ataupun acara-acara khas DBKL jarang kelihatan lagi keterlibatan Datuk Bandar sejak kebelakangan ini kerana sering diganti oleh pengarah-pengarah eksekutifnya.
"Saya ada mendengar bahawa beliau dinasihatkan untuk bersara awal namun tidak pasti lagi kerana DBKL masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi.
"Walau bagaimanapun, Datuk Bandar harus digantikan dengan calon yang boleh serasi dengan Kementerian Wilayah dari segi pembangunan ibu kota dan bukan hanya menjadi 'pak turut' kepada menteri sahaja," kata Tan.
Beliau berkata jawatan Datuk Bandar ibarat 'kerusi panas' kerana tanggungjawab dan cabaran yang perlu dipikul dalam menguruskan hal-hal perbandaran dan pembangunan ibu kota.
"Datuk Bandar bukan sahaja seorang individu yang berintegriti dalam melaksanakan tugas, tetapi juga perlu sedia mendengar suara hati warga kota di pelbagai pe-ringkat selain menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) terbesar dalam membuat keputusan," katanya.
"Sebelum ini, Datuk Bandar dilihat hanya menjadi pak turut kepada kementerian Wilayah Persekutuan kerana beliau dilihat tidak boleh membuat keputusan sendiri dan segala projek ataupun rancangan-rancangan pembangunan ibu kota mendapat kelulusan terus daripada menteri.
"Namun, segala keputusan mengenai pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah tertakluk kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong," kata Tan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018
Mhd. Amin Nordin, Datuk Bandar ke-11 itu mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam pentadbiran kerajaan tempatan dan pengurusan perbandaran, terutamanya di DBKL. - Gambar fail
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Pelaburan bernilai RM329.5 bilion pada 2023 adalah tertinggi sejak penubuhan MIDA - Arham
Malaysia berjaya meraih pelaburan bernilai RM329.5 bilion tahun lepas, yang tertinggi sejak penubuhan MIDA pada 1967.
Matyo sudah gantung but?
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, menimbulkan persoalan sama ada dia akan mengumumkan persaraan dalam masa terdekat.
Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara...
Ozil dan Torres membuktikan bahawa usia sememangnya sekadar angka sahaja kerana mereka juga boleh mengekalkan apa yang dilaksanakan sebelum ini.
Kelayakan Piala Dunia: 'Sergio Ramos China' bersara akibat terlalu kecewa
Ketua pasukan China, Zhang Linpeng sukar menerima hakikat kegagalan pasukan kebangsaannya membenam Singapura kelmarin.
Zaquan Adha bukan menangis sebab tak sambung kontrak, tetapi...
Zaquan menjelaskan, tangisannya itu bukan kerana ditamatkan kontrak tetapi kerana terpaksa menggunakan perkataan 'bersara'.
Saya tidak mahu lagi kerah kudrat - Mike
Biarpun berat hati, namun badang berusia 51 tahun itu merasakan ia masa yang sesuai untuk dia mengundur diri.
Zaquan Adha sudah dipancing pihak tertentu
Dia memberi bayangan tidak akan berpeluk tubuh sahaja, sebaliknya sudah mengikat perjanjian dengan pihak tertentu.
Era dominasi The Minions dalam badminton berakhir
Pemain badminton Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon, secara rasmi mengumumkan persaraannya daripada dunia badminton profesional.
Erdogan umum pilihan raya Mac terakhir untuknya
Erdogan merupakan ahli politik Turki moden yang paling berjaya memimpin negara itu selama lebih dua dekad.
Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.