awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Exco akan menghadap Sultan Selangor pada Isnin ini - Menteri Besar
Bekas pemain badminton negara dilepas tanpa dibebas dalam kes penipuan RM58,029
Gangguan teknikal sistem eGate BSI libat pemegang pasport asing sahaja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuala Lumpur antara destinasi paling popular dunia, Bangkok kekal teratas

Fareez Azman
Fareez Azman
04/09/2019
23:52 MYT
Kuala Lumpur antara destinasi paling popular dunia, Bangkok kekal teratas
Kuala Lumpur berjaya mengatasi beberapa bandar di negara maju antaranya New York, Tokyo dan Istanbul. -Gambar fail
Kuala Lumpur berada di kedudukan keenam destinasi pilihan dengan 13.79 juta pelancong asing direkodkan pada tahun 2018.
Menurut laporan tahunan Indeks Destinasi Global Mastercard yang mencerap data bagi 200 bandar di seluruh dunia, kaji selidik ini sekali gus meletakkan ibu negara Malaysia ini mengatasi beberapa bandar maju lain antaranya New York, Tokyo dan Istanbul.
Sementara itu, tangga teratas kekal milik Bangkok untuk enam tahun berturut-turut dengan 22.8 juta pelancong dicatatkan tahun lalu.
Ia diikuti Paris dan London serta Dubai masing-masing mencatatkan 19.10, 19.09 dan 15.93 juta pelancong.
Kuala Lumpur berada di kedudukan keenam destinasi pilihan dengan 13.79 juta pelancong asing direkodkan pada tahun 2018. -Mastercard
Kuala Lumpur berada di kedudukan keenam destinasi pilihan dengan 13.79 juta pelancong asing direkodkan pada tahun 2018. -Mastercard
Bagi tahun ini pula, Kuala Lumpur diunjurkan berada pada tangga kedua tertinggi setakat ini dengan pertumbuhan sebanyak 9.87 peratus kemasukan pelancong antarabangsa.
Ia diikuti Osaka, Jepun dengan 9.24 peratus manakala Tokyo berada di kedudukan tertinggi dengan 10.02 peratus.
Menurut Mastercard, purata pelancong antarabangsa di Asia Pasifik terus mencatatkan peningkatan terbesar sejak 2009. Ia meningkat kepada 9.4 peratus dibandingkan dengan pelancong dari Eropah.
Bagi perbelanjaan pelancong antarabangsa semalaman pula, jumlah tertinggi dicatat di Dubai dengan AS$30.82 bilion (kira-kira RM130 bilion), diikuti Mekah AS$20.09 bilion (kira-kira RM84 bilion), Bangkok AS$20.03 bilion (kira-kira RM84) dan London AS$16.47 bilion (kira-kira RM70 bilion).
Kuala Lumpur berada pada kedudukan ke-11 dengan perbelanjaan pelancong antarabangsa sebanyak AS$11.23 bilion (kira-kira RM47 bilion) pada tahun lalu.
Laporan tahunan Indeks Destinasi Global Mastercard oleh Mastercard menggunakan data daripada pihak ketiga dan dianalisis untuk mengenal pasti perangkaan pada 2018 serta unjuran bagi tahun 2019.
Topic Berkaitan
#AS
#Asia
#Bangkok
#destinasi
#Dubai
#Istanbul
#Jepun
#Kuala Lumpur
#London
#Malaysia
#Mastercard
#New York
#Paris
#pelancongan
#popular
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan