awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuala Lumpur disasar lima teratas bandar paling kerap dilawati di dunia

Bernama
Bernama
26/02/2017
23:35 MYT
Kuala Lumpur disasar lima teratas bandar paling kerap dilawati di dunia
Tahun lalu, Kuala Lumpur tersenarai di tempat ketujuh dalam 'Top 10 Most Visited Cities in the World' menerusi laporan 'Mastercard's Global Destinations Cities Index' dengan kunjungan lebih 12 juta pelancong. - Gambar fail
Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan Kuala Lumpur sebagai lima bandar yang paling kerap dikunjungi di dunia.
Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dalam mencapai matlamat dan visi jangka panjang itu, rakyat khususnya warga kota perlu memainkan peranan penting dalam menaikkan imej Kuala Lumpur di mata dunia.
Beliau berkata Kuala Lumpur merupakan 'jendela' kepada negara dan secara tidak langsung sikap, budaya serta perpaduan yang dipamerkan warga kotanya menjadi faktor dalam menarik pelancong.
"Kuala Lumpur merupakan ibu kota yang indah, aman dan selamat yang mana kita boleh bergerak bebas ke mana sahaja, ini yang barang-kali kita lupa penting dalam memberi gambaran baik kepada orang luar (pelancong)," katanya ketika berucap merasmikan program KL Rush Explorace 2017 di sini, Ahad.
Tahun lalu, Kuala Lumpur tersenarai di tempat ketujuh dalam 'Top 10 Most Visited Cities in the World' menerusi laporan 'Mastercard's Global Destinations Cities Index' dengan kunjungan lebih 12 juta pelancong.
Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata program KL Rush Explorace yang julung kali diadakan, bakal diperluaskan ke Putrajaya dan Labuan pada masa akan datang serta dijadikan acara tahunan.
Beliau berkata ia bertujuan menambahkan kesedaran masyarakat tentang tempat bersejarah dan pelancongan negara.
Seramai 600 peserta mengambil bahagian dalam acara yang bermula di Menara Kuala Lumpur dan melibatkan beberapa lokasi seperti Muzium Negara, Taman Botani Perdana dan Dataran Merdeka. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kuala Lumpur
#pelancong
#Tengku Adnan Tengku Mansor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan