awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua jaringan Kipre bantu Penang FC kejutkan TFC di laman sendiri
Urus niaga rasmi wang kertas baharu Syria bermula Sabtu - Bank Pusat
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kualiti udara di Miri kekal pada tahap bahaya, IPU cecah 400

Astro Awani
Astro Awani
13/08/2019
00:00 MYT
Kualiti udara di Miri kekal pada tahap bahaya, IPU cecah 400
Kualiti udara di Miri, Sarawak terus berada pada tahap berbahaya dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 300 setakat 7 pagi tadi. -Gambar fail
Kualiti udara di Miri, Sarawak terus berada pada tahap berbahaya dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 300 setakat 7 pagi tadi.
Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU 401 dan 316 masing-masing dicatatkan di stesen pemantauan udara di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2 dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri.
Semalam, cerapan kualiti udara di SK Kuala Baram 2 mula menerjah kategori berbahaya pada jam 10 pagi dengan bacaan IPU 302.
Manakala di ILP Miri, bacaan sangat tidak sihat antara 201-300 direkodkan dari jam 9 pagi hingga 5 petang sebelum memasuki kategori berbahaya pada jam 6 petang semalam dengan bacaan IPU 302.
Sri Aman, juga di Sarawak, mencatat bacaan kualliti udara tidak sihat iaitu masing-masing 135 setakat jam 7 pagi tadi manakala majoriti lokasi lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU sederhana.
Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat), dan berbahaya jika melebihi 300.
Topic Berkaitan
#bacaan ipu
#ILP Miri
#Indeks Pencemaran Udara
#Institut Latihan Perindustrian
#Jabatan Alam Sekitar
#JAS
#Miri
#Sekolah Kebangsaan Kuala Baram 2
#Stesen Pemantauan Udara
#tahap berbahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan